CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 8, 2010

PERBINCANGAN MEGA TT - 2

Mesyuarat kali ni di pengerusikan oleh Pengerusi Tetap My@PC KELANTAN iaitu Cikgu Yie.bersama- sama dgn Cikgu adalah PM iaitu Saudara Mie ET dan SU My@PC Adiel.

masing2 begitu komitment dgn tugas yg telah di berikan....dan perbincangan seperti ini memang amat di perlukan utk menjayakan sesuatu program.

Barisan AJK Program nampaknya begitu serius malam ni..masa berlalu begitu cepat dan program pula akan berlansung tak lama lagi..semoga semuanya akan selesai dgn baik

Perbincangan memang di perlukan di dalam sesuatu kerja berkumpulan..

Cikgu Yie, Adil dan Mie ET

idea dari semua memang amat di perlukan..dan malam tadi segala perbincangan dah di selesaikan..cuma ada sedikit perkara yg belum selesai dan akan di selesaikan secepat yg mungkin....banyak betul ayat 'selesai' nih..hehhehhee

semoga segala program yg kita rancangkan malam ni akan berjaya dan sempurna hendaknya..














Malam tadi kami dari My@PC KELANTAN telah mengadakan perjumpaan utk kali ke 2 bagi membincangkan tentang program MEGA TT pada 29hb January 2010. Mesyuarat kali ini di pengerusikan oleh Pengerusi Tetap My@PC KELANTAN iaitu Cikgu Yie.


Sepanjang perjalanan mesyuarat kali ni berjalan agak lancar walaupun masih banyak lagi perkara2 yg belum di selesaikan.dan perjumpaan demi perjumpaan akan kami adakan lagi nanti selepas ini agar segala program yg akan kami jalankan akan berhasil dan semoga akan berjaya.ini adalah event pembuka tirai dan kami dari My@PC KELANTAN di beri penghormatan.dengan ini kami mengharapkan agar dan kami akan cuba sedaya upaya bagi menjayakan apa yg di rancang.perlantikan AJK Program sudah di lakukan pada mesyuarat yg lepas..dan malam ini hanya membincangkan tentang agenda program yg akan berlangsung nanti.dan masih banyak lagi yg perlu kami titik beratkan .



semoga perjalanan event ini akan berjalan dgn baik dan lancar seperti yg di rancangkan..insya'allah..

Wednesday, January 6, 2010

PERBINCANGAN UTK MEGA TT..

Sebelum nak memulakan meeting, apa kat jom mai ambik gambar dulu..

kami membincangkan isu semasa yg bersangkut paut dgn kelab terlebih dahulu sebelum kami meneruskan ke agenda seterusnya.

masing2 dah mula serius nampaknya...

apa yg KP My@PC KELANTAN dok bincang dgn Shamilica tu..serius nampaknya..

terima kasih di atas sokongan anda yg tak berbelah bagi terhadap kami di My@PC..

Pada malam tersebut kami menerima 4 lagi ahli baru...selamat datang dan terima kasih kerana My@PC ..

Meeting masih lagi belum berjalan sepenuhnya..keran masih menunggu rakan2 AJK yg lain sampai..

Ahli baru juga tak ketinggalan utk bersama kami pada meeting tersebut..

Shamilica sedang mencatat minit mesyuarat pada malam tersebut..terima kasih kerana banyak membantu kami bagi melancarkan program MEGA TT KELANTAN..

mesyuarat dah di mulakan...dan nampaknya mereka begitu serius skali..dan kami mengharapkan komitment daripada anda semua..dan teruskan menyokong My@PC..

Pengerusi Tetap My@PC KELANTAN iaitu Cikgu Yie, AJK AGAMA Saudara Ady dan Timbalan Bendahari Saudara Fizzi.

Kami amat bersetuju dgn cadangan Saudara Fizzi dan juga rakan2 yg lain..

Setelah meeting selesai, kami akan adakan TT di sekitar Pengkalan Chepa..

Bergambar terlebih dahulu, semoga AJK untuk program ini akan bekerjasama di antara satu sama lain..bekerja berkumpulan adalah lebih baik dan lebih sempurna..

Hah ni kenapa plak ni..tercekik biji halkum ke apa ni..

TT kat Permai Cafe..

Barisan kereta2 kuat nih..hehhee

Selamat memandu dan hati2 di jalan raya...lepas je membantu kami di dalam menjayakan mesyuarat bersabit dgn program ini..kami sempat TT bersama beliau dan lepas je TT beliau terus bertolak ke KL jam 2.00 pagi..terima kasih di atas sokongan dan komitment yg anda tunjukkan kepada kami di sini....











Kami adakan meeting yg pertama pada hari ahad lepas , bagi membincangkan tentang program MEGA TT yg akan berlangsung pada hujung bulan ini nanti.so kami AJK PENAJAAN bagi My@PC KELANTAN memang agak sibuk sikitlah dalam bulan ni.


pada meeting semalam, kami membincangkan tentang agenda yg akan di lakukan pada MEGA TT nanti, dan perlantikkan AJK untuk program tersebut..kalau nak buat kerja seorang diri memang tak mampu dan sudah semestinya tak akan sempurna kalau TANPA bantuan dari rakan2 yg lain.so dengan cara itu , kami dah pun melantik beberapa AJK dan dah di bahagikan tugas pada malam tadi, semoga semuanya akan berjalan dgn lancar dan sempurna.program seperti ini tak blh di uruskan seorang diri, nanti satu apa pun tak menjadi dan tak tahu apa2..bila tugas di bahagikan barulah kita semua akan mula berkerjasama, semangat kerjasama itu penting dalam merancang sesuatu program atau sesuatu kerja.dan nampaknya masih belum jelas lagi pasal agenda ..nanti PM program ini akan bentangkan kepada kami secara detail dan senang utk kami susun aturkan di sini bagi tatapan rakan2 sekalian.


meeting kali ni memang berjalan agak lewat sedikit kerana banyak hal2 yg berkaitan isu semasa dibincangkan terlebih dahulu..tepat jam 11.00 malam barulah meeting di mulakan, dan semuanya berjalan dengan lancar dan perlantikan AJK bagi program MEGA TT ini di harap agar semuanya memberi kerjasama dan berkerja dalam bentuk berkumpulan..



dan tak lupa juga..terima kasih kepada Saudara Shamil selaku Badan Penasihat My@PC kerana meluangkan masa utk bersama kami bagi menjayakan perbincangan kami semalam.segala idea dan tunjuk ajar darinya amat2 kami di sini hargainya.tanpa kehadirannya semalam mungkin banyak perkara yg belum terjawab.terima kasih sekali lagi di atas tanggungjawab beliau utk terus melihat My@PC KELANTAN terus maju..walaupun malam tersebut beliau ingin bertolak ke KL, tapi sempat meluangkan masa dan bersama-sama kami bagi membincangkan segala program yg akan berjalan pada hujung bulan nanti.di mana kata2nya adalah KERJA DAN KELUARGA adalah no 1 tapi KELAB adalah komitment yg tak kan di lupakan.berkelab bukan sekadar suka2 sahaja ..tapi perlu ada komitment barulah semuanya akan tersusun dan kemas.


HIDUP MY@PC KELANTAN ...semoga terus maju dan di segani suatu hari nanti..

Tuesday, January 5, 2010

MAJLIS CUKUR JAMBUL..

Kak Long XYL kepada Saudara Hafiz..

anak perempuan yg comel....baru berumur 1 minggu..

Isteri KP turut tak ketinggalan kali ini....sekarang dah semakin meriah kaum2 ibu...dan berharap agar kaum2 ibu juga turut bersatu...

Sue dan Zie bersama anak masing2..

Ayu dan Emma juga tak ketinggalan turut hadir bagi meramaikan lagi kaum2 ibu..

makan..jgn tak makan.....dan tambah2 nasi tuu...

makan kenyang2 deh.....pastu tambah lagi..

Shamilica dan Fizzi turut hadir...

apa la yg di menungkan oleh Haq nih.....teringat nasi budu ko nih..hehhehe

makan jgn tak makan...dan jangan malu2 dan segan2 utk tambah nasi tu ye..

makan kenyang2 blako deh..

fuh bestnya 'suro' weh....














Sebanyak 20 buah Proton Perdana dari My@PC Kelantan secara amnya telah berkonvoi ke rumah salah sorang ahli kami iaitu Saudara Hafiz.pada mulanya kami berkumpul di KFC Kubang Kerian dan setelah semuanya sampai, kami terus bergerak ke rumahnya.majlis ini adalah majlis Cukur Jambul utk anak perempuannya .


Konvoi ini memang betul2 meriah skali..dan semangat seperti ini sememangnya sangat2 di perlukan di dalam berkelab.bila kita dapat kekalkan seperti ini, insya'allah kelab kita akan terus kukuh dan ikatan persahabatan juga akan utuh.jom kita ikuti berita bergambar di rumah Hafiz ( hms )



* terima kasih di atas jemputan dari kami rakan2 My@PC..

SELAMAT TAHUN BARU- 2010
















Kami dari warga My@PC KELANTAN mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada seluruh rakan2 My@PC seluruh Malaysia dan juga kepada semua pembaca Malaysia Perdana Kelab Kelantan Region.



semoga segala urusan kita pada tahun ini di berkati dan berjalan dengan sempurna hendaknya...dan semoga tahun ini juga adalah yg terbaik dari tahun2 yg sebelumnya....dan yg paling penting......semoga ikatan tali PERSAHABATAN ini akan terus KEKAL SELAMANYA...




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DARI KAMI WARGA MY@PC KELANTAN UTK ANDA SEMUA..

Monday, January 4, 2010

KONVOI DI PETANG HARI..

Berkumpul di PUTIK, sebelum nak memulakan konvoi 'santai' pada petang tadi..

salah seorang kaum ibu yg aktif juga...kaum2 ibu memang di galakkan utk senantiasa keluar bersama bagi merapatkan hubungan sesama yg lain..dengan kehadiran kaum ibu dan anak2..ianya cukup membuatkan segala program berjalan dgn cukup meriah.

masih lagi menunggu rakan2 yg belum sampai..

Saudara Fizzi bersama dgn rakan baru ..

Saudara Khairul ( polis traffic ) selaku ahli My@PC juga, mengiringi konvoi kami pada petang tadi.

dah nak bergerak menuju ke destinasi..

konvoi berjalan dgn baik dan lancar...dan konvoi begitu cantik sekali..berada di dalam 1 barisan..

baru saja sampai..acara bergambar plak....Hafiz bersama KP My@PC KELANTAN iaitu Saudara Rozan

superbike dan motor klasik juga berkumpul di Dataran Stadium utk sama2 membincangkan bagi acara utk malam nanti..iaitu acara menyambut Tahun Baru..

terima kasih di atas sokongan anda utk sama2 meneruskan perjuangan utk memajukan My@PC di Kelantan.

sibuk nampaknya KP kita nih weh......hehhee

Ahli baru....Selamat Datang ke dunia My@PC...dan terima kasih kerana anda memilih utk bernaung di bawah My@PC....semoga hubungan persahabatan akan terus kekal selamanya..

apa yg dok di bincangkan ni.....dan konvoi malam tahun baru ke..

kaum2 ibu dan anak2 juga tak ketinggalan utk mengikuti segala aktiviti bersama suami masing2..

di antara kaum2 ibu yg hadir pada petang tadi...semoga ikatan akan terus berkekalan dan mengharapkan agar kaum2 ibu juga memberi sokongan dan sama2 memajukan kelab ini bersama.












Segala program semuanya sudah berjalan dengan lancar.kami mengambil kata sepakat utk berkonvoi di petang hari sambil mempromosikan kelab kami ..dah lama rasanya kami tak berkonvoi waktu petang ..kali ni kami memilih lokasi untuk berlepas di PUTIK dan terus menuju ke Stadium Muhammad Ke IV. dan pada sebelah malam nanti, kami akan menyambut tahun baru di Dataran Stadium.
konvoi pada petang tadi memang cukup meriah , dengan kehadiran kaum2 ibu dan anak2 secara tak langsung ianya blh merapatkan lagi hubungan sesama keluarga yg lain.jom ikuti berita bergambar ....