Sampai je..perkara pertama yg dilakukan adalah acara membahagikan "Itenery" ataupun AturCara bagi event Un-Official Santai Ke Cameron pada kali ini...
Serius nampaknya Bendahari kito dok baca 'itenerary' tu weh.baca jgn tak baca...
Kanak2 jugak tak ketinggalan...namapun dah Kelab berkeluarga kan..so setiap kali ada Program tu reti2lah bawak family bersama...tak gitu.dan time ni kanak2 dok buat hal masing2lah sementara ibu bapa plak ..dok asyik bergambar dan asyik menunggu rakan2 yg BELUM sampai lagi nih..walaupun dah janji pada jam 8.00 pagi - 8.30 pagi..
Selamat Datang jugak untuk kaum2 ibu ye...lain kali jgn lupa sertai lagi ye..lagi ramai lagi meriah..dan dengan kehadiran kaum2 ibu jugak secara tak langsung akan memberi semangat 'membara' buat kaum2 bapa gitu.hehhe
Ada yg nampak mengantok tu weh.hhehe..takpe jap lagi kepompom lah rasa mengantok tu akan hilang.bila dah mula berkonvoi semangat lain yg akan datang pulok weh.hehhehe..apa2 pun bergambar dulu eksss.
Ambik 'Itenery' tu dulu.. FYI, "this is not called LETTER HEAD "... hehhehe..utk diberikan kepada rakan2 yg mengikuti Program "Un-Official" Ke Cameron Highland.
Apa2 pun bergambar dulu ye..sementara menunggu rakan2 yg lain sampai..kelihatan disini ialah Shamil selaku Badan Penasihat MYPC..Darus Bendahari Mypc Kelantan dan jugak Mie Japan.
Haluuuu lama betul tak nampak Emma nih...konvoi kali ni memang meriah dah terlaksana 3K yg kami inginkan..iaitu semangat Kekeluargaan yg kami cari.dengan kehadiran daripada kaum2 ibu dan anak2 secara tak langsung akan lebih memeriahkan program sebenarnya.
Semoga setiap kali adanya program santai maupun apa saja program yg dilakukan...Kaum2 ibu dan anak2 turut hadir.kerana bagi yg mula2 nak mendaftar sebagai ahli MyPC ni..dari awal2 lagi kami dah war2kan..bahawa MYPC ni adalah Kelab yg berterapkan 3K..iaitu Kekeluargaan..Kebajikan dan Keceriaan.
Apa yg dia org ni dok bualkan ye...cam ada yg mencuit hati nampaknya nih.BEL baru je sampai..dan aku cam biasa gakla kena bagi 'itenery' utk program santai kami kali ni.
Wah canggih betul nampaknya kereta masing2 ni ye.jom ..kita dah lewat ni weh....nayo ko saing2 dok nunggu lama tuh....huhuhuhu....tapi apa pun sesi bergambar memang tetap diteruskan jugak..walau dalam apa keadaan sekalipun.
Gembira betul nampaknya rakan2 Mypc Fanclub nih ye...dok 'bubuh' gapo dalam tangki minyak tuh.kalau tak silap aku la..dia org dok bubuh alat utk jimatkan minyak..bila ditanya rupa2nya dah habis.semoga konvoi kita hari ni boleh merapatkan lagi hubungan yg baru terjalin hendaknya ye.
Rakan2 Mypc Fanclub pun nampaknya dah siap sedia dan tak sabar2 rasanya nak berkonvoi nih.lagipun ada beberapa kenderaan dari rakan2 kami yg menunggu dilain2 tempat.sepatutnya konvoi kami dah mula bergerak pada jam 8.30 pagi..
tapi disebabkan nak kena tunggu jugak lagi sorang yg dah nak sampai..so kami tunggu jugaklah..dan target kami nak tunggu sampai jam 8.30 pagi nampaknya tersasar jugak sikit..tersasar pun hanya 5 minit je.huhuhu..nampaknya semuanya dah sampai waktu ni..nampaknya masing2 dah pun menyusun kereta..so apa lagi..jom kita mulakan konvoi .
Semuanya dah sampai..dan sekarang kami dah nak mula nak bergerak ke lokasi yg seterusnya.Konvoi utk Program Un- Official kali ini disertai sebanyak 23 buah kenderaan .sebelum nak memulakan konvoi..masing2 dah check dulu kenderaan..bila semuanya dah selesai.kami mula atur kedudukan kereta masing2.
Semoga perjalanan kami dilindungi daripada perkara2 yg tak diingini..dan juga semoga konvoi kali ini selamat sampai ke Destinasi kami iaitu ke Cameron Highland.
Saturday, May 8, 2010
UN-OFFICIAL @ CAMERON HIGHLAND - PART 1
Kecek Kelate Session by The Malaysia Perdana Club [KELANTAN] at 3:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Tera Kecek Kelate:
Post a Comment