So seterusnya , kami memulakan perjalanan setelah semuanya selesai.dan kereta dah pun siap dibaiki.seterusnya haluan kami menuju ke Cameron Highland.
Konvoi kami semuanya 23 buah kereta.tapi tiba2 je hilang dan tinggal 16 buah...kemana menghilangkan yg lain2..so aku kena berhenti dulu..dan terpaksalah jalan kaki ke kereta yg lain skali..tanya di mana mereka semua..ni yg susah nih..coz alat komunikasi takde..HP pun kat sini memang kepompom takde line...handy plak takde..
Setelah diberitau oleh rakan2 yg lain..akan kerosakkan kereta..terpaksalah kami menunggu disini..nak patah balik.memang tak bleh coz ada penghadang jalan kat tengah2 ni ha.tunggu punya tunggu lebih kurang 1/2 jam..takde apa2 berita jugak..so aku terpaksalah bergerak ke destinasi seterusnya..kerana di Brinchang ada seseorang telah menunggu kami utk serahkan kunci bilik .semoga semuanya baik2 aje ...dan takde yg lebih serius berlaku.
Minta maaflah ye lagi skali..gambar tukang tulis blog lagi skali dipaparkan disini..kerana bagi membuktikan kami sama2 menunggu rakan2 yg lain.tapi semuanya tak dapat dihubungi.jgn kata kita tinggal rakan2 yg lain plak.
tapi disebabkan tidak adanya alat berkomunikasi..mcm nilah jadinya..tak dapat apa2 info pun apa yg berlaku.cuma hanya diberitahu oleh rakan2 yg last skali ni..ada kereta tiba2 je tak bleh 'hidup'....mati secara tiba2...
Walaupun panas terik mentari...posing tetap jugak posing...aku dan rakan2 yg lain diberitahu bahawa ada sebuah kereta dari MYPC Fanclub yg mengalami kerosakkan.nak call tak bleh..coz line takde.inilah yg dikatakan 'handy' atau 'walkie talkie' penting dalam konvoi..kalau ada apa2 hal berlaku senang dan mudah utk memberi info.aku berhenti kereta pun coz aku perasan konvoi yg panjang tadi tiba2 jadi pendek plak..bila tanya dia rakan2 yg lain...dia org bagitau ada kereta yg rosak..nak pusing balik ..paham2 jelah ada penghadang jalan kat tgh2 ni..lagipun aku nak kena settle bab bilik tu dulu...kan takde tempat tinggal...di cancelnya dia org bilik..tak ke naya dibuatnya...lebih kurang dekat 1/2 jam jugaklah kami menunggu disini..
HP memang langsung takde line..ingat tu..lain kali kalau sape2lah nak konvoi pastikan anda mempunyai 'handy' utk senang berhubung di antara satu sama dengan yg lain.sebarang informasi boleh diberitau dengan penggunaan radio je..kan senang..
Rilex nampaknya BEL nih...hehhehee....terima kasih kerana sudi datang dan memeriahkan program santai ni ye...dan jgn lupa kita jumpa lagi kat Lumut .coz masa di Lumut nanti..MYPC seluruh Malaysia berkumpul..coz di Lumut nanti tu OFFICIAL punya program..manakala yg ni adalah UN OFFICIAL punya program...ada perbezaan di sini..jgn tak tahu plak.hahahhaa.malu kok rams lah kalu tok tahu gapo sekaro.
Akhirnya , kami selamat sampai di Kg Raja...tuan punya Apartment tak henti2 dok call aku..coz kami sampai pun dah lewat.sepatutnya kami sampai jam 3.00 ptg ..tapi tersasar kepada jam 6.00 ptg.dah la hari ni Hari Cuti Am...aku terpaksa bergegas utk berjumpa dgn org Apartment terlebih dahulu..kerana kunci bilik ni penting jugak..kalau takde bilik..nak tidur kat mana..pikirlah sendiri...betul tak...
Apa2 pun sebelum nak memulakan segala-gala penerangan nih....kena makan dulu...ni makan utk tgh hari dan petang.huhuhuhu...lapar tahap gaban blako doh nih.
Sampul kunci bilik yg telah diejas sendiri.senang utk aku rekod..sape2 yg kongsi bilik..takdelah nak main bagi kunci je.
Shamil telah memberi penerangan tentang bilik serta program utk seterusnya.
Penerangan demi penerangan terpaksa di beritahu kepada semua ahli tentang penukaran Apartment utk last minit.dah kami dipindahkan ke Apartment Royal Lily di Brinchang.
Semuanya mendengar dengan tekun dan teliti skali ..penerangan yg telah diberikan.
Serius betul nampak Abe Lan kito tuh.huhuhuhuhu..masing2 semuanya dah penat...mesti dok tengah nampak bantak nok tido jah blako nih...terima kasih kerana semuanya memahami...kerana di saat2 akhir ada perubahan utk bilik.di mana saya juga diberitau pada hari yg sama..lain tempat yg di booking..lain tempat yg diletaknya...mau aku tak bengang...tapi nak buat mcm mana...
dan terima kasih diucapkan buat semua rakan2 yg memahami...
Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi yg tujui.walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yg terpaksa kami lalui di sepanjang konvoi kali ini..tapi ianya langsung tak mematahkan semangat kami utk terus sampai ke destinasi.dan utk gambar diatas ni kami dah mula bergerak ke tempat 'tidur'..masing2 penat yg teramat sangat.11 jam kami mengambil masa utk sampai ke Cameron.huhuhuhu kalau biasanya hanya 4 jam je sampai..tapi bila dah berkonvoi ni paham2 jelah.mana bleh sampai tepat pada masanya.
Sekian saja utk kali ini punya program, semoga kita akan berjumpa di lain Program yg akan datang.
ps: Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat cela pada Program ini.dan program ini juga selain Program santai tapi ianya meraikan rakan2 dari MYPC Fanclub .segala cacat cela pada program ini saya memohon jutaan kemaafan.kerana setiap apa yg berlaku bukan telah dirancang ianya sesuatu diluar jangkaan.Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa..wang ringgit dan tenaga utk sama2 menjayakan Program Santai ini.Insya'allah dilain waktu dan ketika kita akan bertemu lagi..
Adios......
0 Tera Kecek Kelate:
Post a Comment