Hari ni kami menerima jemputan daripda BEN sekeluarga utk bertandang kerumahnya bagi memeriahkan Majlis Cukur Jambul anak perempuannya yang baru lahir .bila kami sampai acara cukur jambul tu dah selesai..tak sempat nak merakamkan gambar di saat-saat indah itu.
Kami dijamu dengan makanan Tradisional Negeri iaitu Laksa Penang dan jugak Laksa Kelantan.jom layan beberapa keping gambar yg sempat aku dan tuan rumah rakamkan buat tatapan rakan2 yg lain.
Inilah dia permata Hati BEN dan isteri....iaitu Nur Aliya Antasya...dengan kehadiran Puteri yg sungguh comel ini menambahkan lagi sayang BEN kita nih pada isterinya Zalina....Tahniah daripada kami iaitu rakan2 dari MYPC KELANTAN.
Fuh warna warni ulam-ulaman nih.....sedap sungguh weh ......memang pandai arr tukang buat Laksa Penang nih..memang sedap yg amat..lain kali buat lagi deh...bila nak buat pulok Laksa Penang nih..nak gie dumoh pulok nih....jauh pun takpolah ambo maghi jugok..heh heh heh.
Tengah hari tu kami sempat singgah di rumah salah seorang rakan kami iaitu BEN..ada Majlis Cukur Jambul dirumahnya.nampaknya rakan2 yg lain belum tiba lagi..so bergambar jelah dengan AHLI 2 org ni jelah dulu ye Mr BEN ..hehee.
Sedang menikmati Laksa Penang dan Laksa Kelantan dengan begitu nikmat skali....Fuhhhhh lain kali kalau buat Laksa Penang jgn lupa jemput lagi deh..
Ni nak kena belajar dan ambik resepi nih ...untuk buat Laksa Penang nih.
Lepas ni dah janji tuh...kena aktif kaum ibu plak....bagi yg nak aktif lah ye....takde paksaan pun..dan terima kasih buat Zalina iaitu isteri kepada Ben yg sememangnya senantiasa menyokong Ben dalam apa jua keadaan dan jgn lupa tu lepas pantang nanti Zalina kata nak join program bersama MYPC plak.:-)gud..gud...barulah meriah kalau kaum2 ibu menyertai bersama ye dak..
Shamil juga sempat meluangkan masa utk berkunjung ke rumah Ben , terima kasih diatas jemputan ye Ben..lain kali kalau nak buat Laksa Penang ka..Kelantan ka...jgn lupa jemput lagi deh.....sedapla Laksa Penang ari tu.
Bergambar bersama Ben sekeluarga.kebetulan pada masa ni kami sampai rakan2 MYPC yg lain belum sampai lagi.so kami bergambar dengan mana hok ado jah la dulu deh.
Ben bergambar bersama isteri tersayang dan juga kedua org anaknya yg tercinta.Dan Ben serta isterinya dan bagi Green Light lepas ni kalau ada Program MYPC , isteri Ben nak ikut skali..baguslah mcm tu...MYPC punya Motto ni Kekeluargaan, Kebajikan dan Kecerian...bila dah isteri pun nak bersama suami didalam apa jua Program ini memang di alu-alukan dan sudah pasti ianya akan lebih meriah kalau para isteri dan anak2 bersama.
Semoga MYPC tak lari daripada Motto utama Kelab..iaitu KEKELUARGAAN, KEBAJIKAN & KECERIAAN.Bila dah sertai MYPC kenalah ikut Motto Kelab.
Apa2 pun Tahniah dari kami iaitu rakan2 dari MYPC KELANTAN kepada BEN sekeluarga kerana mendapat Puteri .semoga dengan kehadiran puteri itu menambahkan keceriaan keluarga Ben.
ps: terima kasih kepada BEN sekeluarga kerana menjemput kami iaitu rakan2 MYPC kerumah beliau...
Friday, May 21, 2010
MAJLIS CUKUR JAMBUL..
Kecek Kelate Session by The Malaysia Perdana Club [KELANTAN] at 5:15 PM 0 Tera Kecek Kelate
Monday, May 10, 2010
CAMERON HIGHLAND - PART 5
So seterusnya , kami memulakan perjalanan setelah semuanya selesai.dan kereta dah pun siap dibaiki.seterusnya haluan kami menuju ke Cameron Highland.
Konvoi kami semuanya 23 buah kereta.tapi tiba2 je hilang dan tinggal 16 buah...kemana menghilangkan yg lain2..so aku kena berhenti dulu..dan terpaksalah jalan kaki ke kereta yg lain skali..tanya di mana mereka semua..ni yg susah nih..coz alat komunikasi takde..HP pun kat sini memang kepompom takde line...handy plak takde..
Setelah diberitau oleh rakan2 yg lain..akan kerosakkan kereta..terpaksalah kami menunggu disini..nak patah balik.memang tak bleh coz ada penghadang jalan kat tengah2 ni ha.tunggu punya tunggu lebih kurang 1/2 jam..takde apa2 berita jugak..so aku terpaksalah bergerak ke destinasi seterusnya..kerana di Brinchang ada seseorang telah menunggu kami utk serahkan kunci bilik .semoga semuanya baik2 aje ...dan takde yg lebih serius berlaku.
Minta maaflah ye lagi skali..gambar tukang tulis blog lagi skali dipaparkan disini..kerana bagi membuktikan kami sama2 menunggu rakan2 yg lain.tapi semuanya tak dapat dihubungi.jgn kata kita tinggal rakan2 yg lain plak.
tapi disebabkan tidak adanya alat berkomunikasi..mcm nilah jadinya..tak dapat apa2 info pun apa yg berlaku.cuma hanya diberitahu oleh rakan2 yg last skali ni..ada kereta tiba2 je tak bleh 'hidup'....mati secara tiba2...
Walaupun panas terik mentari...posing tetap jugak posing...aku dan rakan2 yg lain diberitahu bahawa ada sebuah kereta dari MYPC Fanclub yg mengalami kerosakkan.nak call tak bleh..coz line takde.inilah yg dikatakan 'handy' atau 'walkie talkie' penting dalam konvoi..kalau ada apa2 hal berlaku senang dan mudah utk memberi info.aku berhenti kereta pun coz aku perasan konvoi yg panjang tadi tiba2 jadi pendek plak..bila tanya dia rakan2 yg lain...dia org bagitau ada kereta yg rosak..nak pusing balik ..paham2 jelah ada penghadang jalan kat tgh2 ni..lagipun aku nak kena settle bab bilik tu dulu...kan takde tempat tinggal...di cancelnya dia org bilik..tak ke naya dibuatnya...lebih kurang dekat 1/2 jam jugaklah kami menunggu disini..
HP memang langsung takde line..ingat tu..lain kali kalau sape2lah nak konvoi pastikan anda mempunyai 'handy' utk senang berhubung di antara satu sama dengan yg lain.sebarang informasi boleh diberitau dengan penggunaan radio je..kan senang..
Rilex nampaknya BEL nih...hehhehee....terima kasih kerana sudi datang dan memeriahkan program santai ni ye...dan jgn lupa kita jumpa lagi kat Lumut .coz masa di Lumut nanti..MYPC seluruh Malaysia berkumpul..coz di Lumut nanti tu OFFICIAL punya program..manakala yg ni adalah UN OFFICIAL punya program...ada perbezaan di sini..jgn tak tahu plak.hahahhaa.malu kok rams lah kalu tok tahu gapo sekaro.
Akhirnya , kami selamat sampai di Kg Raja...tuan punya Apartment tak henti2 dok call aku..coz kami sampai pun dah lewat.sepatutnya kami sampai jam 3.00 ptg ..tapi tersasar kepada jam 6.00 ptg.dah la hari ni Hari Cuti Am...aku terpaksa bergegas utk berjumpa dgn org Apartment terlebih dahulu..kerana kunci bilik ni penting jugak..kalau takde bilik..nak tidur kat mana..pikirlah sendiri...betul tak...
Apa2 pun sebelum nak memulakan segala-gala penerangan nih....kena makan dulu...ni makan utk tgh hari dan petang.huhuhuhu...lapar tahap gaban blako doh nih.
Sampul kunci bilik yg telah diejas sendiri.senang utk aku rekod..sape2 yg kongsi bilik..takdelah nak main bagi kunci je.
Shamil telah memberi penerangan tentang bilik serta program utk seterusnya.
Penerangan demi penerangan terpaksa di beritahu kepada semua ahli tentang penukaran Apartment utk last minit.dah kami dipindahkan ke Apartment Royal Lily di Brinchang.
Semuanya mendengar dengan tekun dan teliti skali ..penerangan yg telah diberikan.
Serius betul nampak Abe Lan kito tuh.huhuhuhuhu..masing2 semuanya dah penat...mesti dok tengah nampak bantak nok tido jah blako nih...terima kasih kerana semuanya memahami...kerana di saat2 akhir ada perubahan utk bilik.di mana saya juga diberitau pada hari yg sama..lain tempat yg di booking..lain tempat yg diletaknya...mau aku tak bengang...tapi nak buat mcm mana...
dan terima kasih diucapkan buat semua rakan2 yg memahami...
Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi yg tujui.walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yg terpaksa kami lalui di sepanjang konvoi kali ini..tapi ianya langsung tak mematahkan semangat kami utk terus sampai ke destinasi.dan utk gambar diatas ni kami dah mula bergerak ke tempat 'tidur'..masing2 penat yg teramat sangat.11 jam kami mengambil masa utk sampai ke Cameron.huhuhuhu kalau biasanya hanya 4 jam je sampai..tapi bila dah berkonvoi ni paham2 jelah.mana bleh sampai tepat pada masanya.
Sekian saja utk kali ini punya program, semoga kita akan berjumpa di lain Program yg akan datang.
ps: Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat cela pada Program ini.dan program ini juga selain Program santai tapi ianya meraikan rakan2 dari MYPC Fanclub .segala cacat cela pada program ini saya memohon jutaan kemaafan.kerana setiap apa yg berlaku bukan telah dirancang ianya sesuatu diluar jangkaan.Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa..wang ringgit dan tenaga utk sama2 menjayakan Program Santai ini.Insya'allah dilain waktu dan ketika kita akan bertemu lagi..
Adios......
Kecek Kelate Session by The Malaysia Perdana Club [KELANTAN] at 1:37 AM 0 Tera Kecek Kelate
CAMERON HIGHLAND - PART 4
Dalam perjalanan kami nak menuju ke Cameron tu.kami terpaksa berhenti plak kali ni coz ada kereta milik salah seorang rakan kami mengalami kerosakkan iaitu ada kebocoran kat tangki air kalau tak silap la.nampaknya konvoi ni tergendala buat seketika bagi membantu rakan di dalam kesusahan nih.nasib baik kami ni ramai..so dalam ramai2 tu adalah yg reti nak tukar atau buat apa2 yg patut.sementara menunggu kereta di baiki...aku seperti biasalah menjalankan tugas sukarela iaitu mengambil gambar2 utk dimuatkan didalam Blog Kelantan.
Dalam masa yg sama jugak.kami terserempak dengan geng2 motor..adalah dalam 20 buah motor kalau tak silap la.Shamil siap tanya kat salah seorang Marshall dia org..kemana haluan mereka....mereka semua nak ke Bukit Merah..wah...sungguh kagum aku dengan mereka ni semua.jauh tu .....lagi berapa jam mau sampai ke sana...tapi semangat dan kerjasama serta sokongan telah melancarkan segala Program yg telah dirancang.semoga perjalanan mereka juga selamat sampai ke destinasinya.
Cari 'port' yg teduh plak..kami terpaksa berhenti kat sini dulu..coz kereta salah seorang rakan kami mengalami kerosakkan.terima kasih kepada semua rakan2 yg sanggup bersabar..tak kira la sabar mcm mana pun..bila semuanya dah selesai..kita akan mulakan konvoi seperti yg dah dirancangkan mengikut perancangan awal.
Uishhhh penuh...cam jual ubat je nih...hehhehhehee...sementara dok menunggu salah sorang yg belum sampai2 lagi pi beli barang....apa kata kita jual ubat dulu..mari..mari..mari..mari pilih nak barang apa kat enjin kete kuat nih.hehhehhee....jgn mare arrr
Hurmmm apa yg dok tengok kat enjin tu ye..mesti ada yg tak kena kat situ...ada kebocoran ke apa ke..takpe..kalau bocor kita tampalkan je...
Segala kelengkapan alat perang namanya nih..sorrylah eksss aku tak tahu nak tulis detail bab2 alat perang nih.hehhehhee..layan gambar jelah ye.
Kesemua rakan2 berhenti bagi membantu rakan di dalam kesusahan.terima kasih buat semua ahli kerana sanggup bersabar ..coz konvoi kita kali ni banyak kali 'berhenti'.walaupun ianya secara tak langsung melambatkan masa..tapi kami tetap bersama-sama dengan rakan2 yg memerlukan.
tak silap aku time nih dah ada salah sorang rakan yg pi beli barang 'spare part' utk dipasang ke atas kenderaan yg rosak ni..so kami tunggu jelah sehingga kereta siap dibomohkan.huhuhu.
Hisap rokok tu dulu utk hilangkan tension katanya tuan pemilik kenderaan yg rosak ini.hehhehe..takpe..sabar ye Nik..jap lagi kita bomohkan kereta anda ni....
Tgk apa2 yg patut dulu..sebelum nak baiki...kami terpaksa berhenti kat sini dulu buat seketika..kereta salah sorang rakan kami mengalami kerosakkan.dan bila ramai2 mcm ni..ramailah yg menolong..semangat mcm nilah yg kami cari2 ...semangat setiakawan gitu..
Ok semuanya dah selesai..semangat kerjasama mcm nilah yg diperlukan dan sememangnya perlu ada dan ianya wujud di dalam MYPC..hurmmmmm..ringan sama dijinjing ..berat sama dipikul gitu.ni untungnya bila kita berkelab dan mempunyai ramai kawan..berkawan ni bukan hanya dalam senang je..dalam susah pun kita kena harus bersama.
Dan dalam MYPC ni alhamdulillah takde yg suka mengata atau menghentam sesama sendiri.hurmmm semangat mcm nilah yg KITA MAHUKAN...tak gitu ..
Kecek Kelate Session by The Malaysia Perdana Club [KELANTAN] at 12:49 AM 0 Tera Kecek Kelate
CAMERON HIGHLAND - PART 3
Singgah di Stesen Minyak Labok dulu..bagi yg nak melepaskan hajat lelah ke apa ke...sementara menunggu rakan2 siap dengan tugas masing2 kat sini...aku seperti biasala..menjalankan tugas mengambil gambar para peserta yg menjayakan konvoi kali ini..tapi ni bukan peserta ye..ni hanya gambar kereta2 je..peserta2 tak nak keluar coz kat luar ni panas sangat.heh heh heh..
Alohla napok supo letih jah ni..konvoi dok jalea lagi nih.hehhehhe..tapi apa2 pun anda sekeluarga memang best.Fizzi Timbalan Bendahari MYPC Kelantan juga turut memberi sokongan di atas Program Santai ini.terima kasih banyak2 ye..kerana anda sekeluarga senantiasa menyokong kami di MYPC..
Peace dari Nik Boxing ..wakil dari rakan2 MYPC Machang.terima kasih kepada anda kerana di atas sokongan anda bagi menjayakan Program Santai ini ye Nik..lain kali kalau kita2 nih buat Program...jgn lupa sertai plak nanti ye..lepas ni kita buat Program ke Cherating plak.hurmmm best tu..
Memang banyak betul tempat persinggahan kami ni nampaknya.hehhehe..biasala dah konvoi ramai2 nih...mesti ada yg nak 'ter' dan sebagainya.so kita bila dalam berkumpulan nih mcm nilah..kena tunggu rakan2 yg lain..dan sekarang ni konvoi dah pun mula bergerak.
Matikan enjin kereta..buko bonek dulu...kasi sejuk2 semua yg ada tu dulu...dan tuan punya kereta pun nak kena sejukkan jugak nih..panas weh...nak kena pi cari tempat2 yg teduh utk lepaking dulu..sementara menunggu kaum2 bapa menunaikan Sembahyang Jumaat.
Hurmmm dapatlah jugak 'port' hok teduh nih.janji 1 tayar bleh celah pun takpolah.huhuhuhu..dah parking pun kat tgh2 padang..paham2 jelah ye..pokok2 besar pun dah ditebang...yg ada pun anak2 pokok yg manja2 je.
Jauh betul nak dapat 'port' yg sesuai dan teduh tu yg penting.almaklumlah kami sampai pun dah ngam2..so tak sempatlah kami nak pilih2 tempat utk parking.
Ha..sebelum nak pi solat Jumaat ni..apa kata posing dulu..utk diabadikan di dalam Blog Kelantan nih.konvoi2 gak..perkara yg penting dan wajib HARUS diutamakan dulu...
Seronok nampak..apa yg dibualkan oleh kaum2 ibu ni terpaksalah di RAHSIAKAN ye.biasala ni hal2 org pompuan.tapi yg penting bukan hal dok mengata org dari belakang ..kaum2 ibu di MYPC ni takde masa nak buat semua tu.hehhehhe..
Fuh..nasib baiklah ada tempat nak berteduh nih ha..walaupun kena dok kat dalam 'Rock' tapi tempat ni jelah yg ada waktu ni yg tak kena dek panas mentari yg terik.
Bila dah jumpa port yg best..so apa lagi..kaum2 ibu pun berkumpul la..mcm2 cerita yg kami bualkan.tapi bukan kerja mengumpat org..tapi kerja dok mengumpat nak buat Program apa plak lepas ni.ingat nak pi Cherating plak.hurmmmm..
Kecek Kelate Session by The Malaysia Perdana Club [KELANTAN] at 12:21 AM 0 Tera Kecek Kelate
Sunday, May 9, 2010
CAMERON HIGHLAND - PART 2
Mintak maaplah yo...gambar tukang tulis blog pun ada..bukan giler glamor nih..tapi sebagai bukti tuan punya diri ada di waktu kejadian.hahhahhaha...larikkkkkk
Kami baru saja sampai di Stesen Minyak Caltex bagi 'membubuh' minyak kat kereta masing2.sebelum nak memulakan perjalanan minyak kena pastikan penuh dulu...dan minyak pilihan kami sudah semestinya Caltex.
Bersama dengan Tuan Stesen Minyak Caltex Bt 8, Kadok..di mana beliau telah sponsor sticker utk konvoi Un- Official kami iaitu Program Santai ke Cameron Highland.terima kasih ye diatas kerjasama dari pihak tuan bagi menjayakan Program kami ini.lain kali sponsor lagi ye.:-)
Ni gaya yg paling mahal utk abad ini.hehhehhe..gaya manja dari Bendahari MYPC Kelantan.
Wah hensem weh....pakai spek mata hitam tu....ni kira acara tampal sticker di Stesen Minyak Caltex Bt8..di mana tokey Stesen Minyak ni telah sponsor sticker utk konvoi kami.terima kasih banyak2 ye..lain kali jgn segan2 nak sponsor lagi ye.hhehhee
Dibawah panas terik mentari pun kami tak hiraukan....nak tampal sticker punya pasal..panas pun panaslah...cantik kereta biru nih....
Posing tu kena mantain je Shamil..tampal sticker tu dulu.terima kasih diatas sokongan anda utk MYPC KELANTAN..kami amat2 menghargai jasa anda selaku org pertama yg membawa ke Kelantan sehinggalah ahli2 di Kelantan semakin meningkat dari sehari ke sehari dan sekarang ni kita juga dah mempunyai rakan2 dari MYPC FANCLUB.
MYPC FANCLUB ni terbuka kepada semua...contohnya saudara yg terdekat dengan anda..sepupu sepapat ke..adik beradik ke......semuanya kita terima..dalam borang pun dah tertera .SELAMAT DATANG buat semua rakan2 MYPC FANCLUB.anda tiada bezanya dengan kami.bila anda dah berdaftar di bawah MYPC secara automatik anda adalah ahli MYPC...sekian utk makluman ye.
Agak2nya ..rakan2 yg lain semuanya dah dapat ke sticker.sebelum nak mulakan konvoi pi serang kedai makan utk makan pagi lepas nih...kena tampal sticker dulu.kalu dok tampal sticker dok leh konvoi.heh heh heh...gurau je
Satu family yg senantiasa bersama dan ada di dalam satu2 program.satu keluarga dibawaknya.hehehhe..ni barulah dikatakan semangat kekeluargaan...wah gitu...kita kan Kelab yg berterapkan Kekeluargaan...so paham2lah..tak payahla nak oyak pak limo kali hok tulo.huhuh...jemput makan..makan...makan...
Weh bakpo pulok jadi lagu tu...tau la sedap sangat makan nasi tu..sapa 'congit' nah idung dia.hehhehee..apa pun terima kasih buat anda ye kerana memilih MYPC sebagai pilihan....dan terima kasih jugak buat anda di atas sponsor sticker yg berkuatkuasa selama 1 tahun utk konvoi tu...wakakakakkaka..
Kita ambik gambar dia...dia ambik gambar kita plak..ha beginilah keadaan waktu nih..punyalah kalut...hhehehe..tapi begitu seronok skali coz riuh rendah dibuatnya kat kedai makan ni .kedai makan ni yg ada hanyalah group kami je iaitu MYPC menguasai kedai makan ni..org lain tokey kedai tak layan..hhehee..bagus betul...lain kali bleh singgah makan kat sini lagi..makanannya pun boleh tahan...orgnya pun ramah jugak.
Apa2 pun posing tu penting ye..makan tu makan jugak..posing di dahulukan..hehhehe.makan kenyang2 jugok deh.
Sempat lagi ni Mie Japan ni pandang kamera.hehhe..makan jgn tak makan..terima kasih buat anda ye Mie Japan..kerana menyokong program santai ini.jgn lupa deh beli 'handy' masa nak gie Lumut nih.
Ni xsen ke apa nih..hehhehhee..ingatkan nak kibar roti canai..rupa2nya nak ambik nasi ye....huhuhu..takpe makan kenyang2 dulu..pastu kita mulakan konvoi selepas ini.
Fuh....baunya pun dah teramat menyelerakan...memang sedap banget bau ayam bakar ni weh.rugi sape yg tak makan ayam bakar tadi..memang sedap..kesian plak kat tuan kedai..punyalah kalut dia melayan kami semua.yg ada kat kedai tu hanya 3 org..tapi yg singgah makan kat kedai ni lebih dari 40 org..mcm mana tak kalut dibuatnya.
Ni pandai ke nak bakar ayam tu..huhuhu lama keh hangit ayam tu weh..memang meriah gakla bila makan 'berebut' nih.makea pun lalu weh kalu lagu nih.makan ramai2 iaitu dalam satu kumpulan ni memang best.nama pun dah datang berkumpulan...kalau dah mai berkumpulan tuh kenalah pandai2 bawak diri.bila kita dah 1 group nih ..setiap apa2 program yg di buat kenalah bagi sokongan...betul tak.tapi makan kat sini boleh tahan sedaplah jugak..kalau tak silap ni masih lagi area Kadok..lepas sikit je Stesen Minyak Caltex tadi belah kiri jalan ...ada kedai kecik je..tapi Nasi Berlauknya memang best.
Lepas ni kami akan terus bergerak ke Cameron..dalam 'iternary' nih kami akan singgah di Gua Musang dulu..untuk kaum2 bapa singgah sembahyang jumaat.
Kecek Kelate Session by The Malaysia Perdana Club [KELANTAN] at 11:24 PM 0 Tera Kecek Kelate