Parking di tempat yg selamat.....tapi alhamdulillah kereta rakan2 My@PC KELANTAN berada di dalam keadaan terkawal..
kaum2 bapa di tugaskan membeli tiket LRT pegi dan balik.....destinasi kami sudah semestinya ke Stadium Bukit Jalil
kami dah masuk......memang 'darak' la geng2 kami ni..hhehhee..bukan apa..tapi semuanya seronok nih...dapat bersama-sama suasananya jadi lain ...
tak kira tempat..kami akan senantiasa berposing selagi termampu..hehhehee...ni selepas silap naik Train lah ni..nasib baik keluar balik..kalau tak memang tak sampai la kami ke Bukit Jalil tu agaknya...HUHUHU
posing dulu....tak sabar nampaknya masing2 ni.......agak2nya menang ke kita ni....atau menang sorak agaknya ye...hehhee
Qaseh Ayu & Shamilica...merpati dua sejoli dan 3 joli....yang paling mahal kat baju dia org ni adalah tang nombor tu....iaitu no 23....bersesuaian dgn no plate kereta dia org..iaitu 2323...:-)
serius je ni.....kali ni kita dah masuk dalam LRT yg betul....dun worry kita pasti sampai kat Bukit Jalil tu
sempat lagi kami curik2 gambar penyokong Kelantan yg dok colour muka dalam train..mesti tak sempat nak buat kat rumah nih..
beli benda alah ni..tak tahu nama apa..senang ....pasang je..dan kami ikut cahaya je..takut kang tersesat..susah nak cari ..ribu riban org kat Stadium nih
GOMO KELATE GOMO..setiap penyokong memang memberi sokongan yg begitu kuat..tapi permainan memang hampeh pada malam itu...tak tahu di mana silapnya...
di setiap sudut memang di penuhi oleh penyokong Kelantan.....betul2 bersemangat nampaknya penyokong Kelantan nih
walaupun hujan turun dgn begitu lebat sekali...tetapi semangat yg di tunjukkan oleh setiap penyokong memang tak pernah pudar
selang beberapa minit selepas itu....gol kedua pula...keadaan dah menjadi agak ganas...di mana segala jenis mercun dan botol2 mineral sudah berada di awang-awangan....sampaikan kepala polis pun kena hentak dgn botol mineral....kedua-dua pihak penyokong sama2 dah menunjukkan belang....penyokong kelantan naik minyak kerana penyokong lawannya melaungkan perkataan 'balikkkkkk' kepada Kelantan..tu pasal..suasananya sudah menjadi lebih agresif..
jom kita adakan sesi bergambar jelah..nak balik time ni memang 'bersumbat rohok' lah kat laluan masuk LRT...dan nak naik Train pun beratur punyalah panjang..so kami rilex2 jelah kat situ dulu sementara keadaan kembali reda....
Tie isteri kepada Fizzi Auto yg sememangnya senantiasa bergaya ...hehhehee..suami siapa la kat belakang tu...cam muka sedih je tu...
kesian pada mereka2 yg tak bersalah..bukan lelaki sahaja yg menyaksikan perlawanan bola ini..tapi ada perempuan..kanak2 dan warga emas...sesuatu di luar jangkaan telah berlaku..kalaulah kita di tempat mereka2 itu..apa yg kita nak buat....renungkanlah.
kami berada di tgh2 seolah2 rusuhan telah berlaku di depan mata kami....memang amat menakutkan bagi kami...dan kami risau kalau perkara yg lebih teruk lagi akan berlaku..
di mana berpuluh-puluh anggota polis serta FRU yg menjaga penyokong Negeri Sembilan ..keadaan memang agak tidak terkawal walaupun di penuhi oleh polis...
sesuatu yg betul2 tak terduga berlaku....dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam masyarakat kita..
sampai saja di KL..kami terus ke Tempua..iaitu di Batu Tambahan..kerana rakan2 central menunggu kami di sana....dan sekali lagi mereka adakan makan2 utk kami...terima kasih kepada rakan2 Central yg banyak bersusah payah melayan kami..semoga persahabatan ini terus kekal selama-lamanya..kami menunggu kedatangan anda ke Kelantan pula selepas ini..
kebetulan rakan kita iaitu Din JB menyambut hari kelahirannya...surprise dari kawan2 di Central utk beliau...dan di serikan oleh rakan2 My@PC KELANTAN juga.
dan acara yg terakhir pada malam itu ialah kami adakan Nite Drive pada malam itu..sebelum masing2 menghala ke Hotel...
Hari2 yg di tunggu dah tiba jua..kami sanggup berkonvoi di dalam hujan yg begitu lebat dan juga sanggup mengharungi air banjir yg dah semakin naik...kami sanggup hadapi semua itu semata-mata hanya nak menonton Perlawanan Akhir Piala Malaysia.
sebelah paginya kami di raikan oleh rakan2 Central.....mcm2 program yg telah di aturkan untuk kami..bagi sama-sama saling mengenali di antara satu sama dgn yg lain dan dgn cara seperti ini akan lebih merapatkan lagi tali persahabatan yg terjalin.belah paginya kali bersarapan di Lake Garden...dan tgh harinya plak kami dari My@PC KELANTAN akan berlawan futsal dgn My@PC CENTRAL....( gambar utk perlawanan Futsal akan menyusul kemudian ) dan sudah pasti My@PC KELANTAN yg menjuarai permainan ini...di mana My@PC CENTRAL di titik 11-9...
untuk ke Bukit Jalil kami lebih selesa menggunakan LRT...kalau nak berkonvoi dgn kereta memang masaklah kami....mesti jem yg teramat...so langkah yg bijak kami naik saja LRT..kami parking kereta di Sentul Timur dan terus menghala ke Bukit Jalil..keadaan memang riuh rendah hendaknya dgn gelagat masing2...yg pada mulanya silap masuk Train..nasib baikla 'terperasan'...kalau tak memang tak tahu la kat mana kami akan sampai..
sampai saja kat Stadium Bukit Jalil tu memang di penuhi oleh baju2 merah....memang betul2 meriah..dan stadium di penuhi oleh penyokong Kelantan.kami terpaksa memilih tempat di tingkat 3..kerana kesemua tempat sudah pun penuh...dan lokasi kami adalah bersebelahan dgn penyokong Negeri Sembilan.pada mulanya memang keadaan betul2 terkawal..bila gol pertama , keadaan yg bertukar menjadi riuh rendah.....dan bila Gol kedua plak..keadaan sudah bertukar menjadi lebih ganas..di mana acara melempar mercun dan botol2 mineral..sewenang-wenangnya berlegar di udara...pada waktu itu kami betul2 takut dan terpaksa keluar dari stadium tu cepat2..sebelum keadaan lebih parah baik kami keluar saja dan menunggu di luar apa yg akan berlaku.manakala penyokong2 di dalam stadium sudah begitu agresif sekali.sampaikan botol2 mineral melayang atas kepala polis....dan memang mcm2 yg berlaku di depan mata kami...
Nota Tangan: keadaan ini seakan-akan kami duduk di tgh2 sekumpulan rusuhan..cuba bayangkan mcm mana keadaan kami pada waktu itu..dan di infokan..tempat letak kereta di LRT SENTUL TIMUR pada malam tersebut , sebanyak 10 buah kenderaan telah di curi,...dan alhamdulillah kereta kami semua berada di dalam keadaan selamat....
0 Tera Kecek Kelate:
Post a Comment