CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 15, 2009

KE KUALA BESUT..

Mula keluar daripada rumah Roni LA...dan sekarang kami berkonvoi menuju ke Tok Bali.

Kami mula menaiki Jambatan Tok Bali...cantik betul bila tgk dari belakang ni..tersusun je..

Belok ke kiri...utk menikmati keindahan Pantai Tok Bali..di hujung jalan....memang cantik sangat2..

Kaum2 bapa memang tak pernah ketinggalan...asyik nak bergambar di mana saja..hheehe

Acara santai..menikmati angin laut dan keindahan laut...serta acara bergambar seperti biasa..

Kaum2 ibu juga tak ketinggalan utk memeriahkan program ini...dan kaum2 ibu juga di nasihatkan agar setiap kali ada program..perjumpaan maupun TT...berharap agar kaum2 ibu dapat keluar dan meriahkan skali...bawak anak2 skali..kelab My@PC ini berterapkan kekeluargaan juga....so secara tak langsung kaum2 ibu di nasihatkan keluar bersama-sama suami...

Singgah di Tok Bali dulu..sementara muncul program lain plak..

Alahai anak sape la yg dok tidur ni..hehhhehee...mcm ni baru betul..setiap kali program..bawak anak2 dan isteri....barulah hubungan sesama kita akan lebih kuat lagi....

kanak2 pun akan dapat kawan baru...blh berkawan dgn anak2 yg lain..memang ianya dapat merapatkan hubungan bukan sahaja dari kaum ibu dan bapa malah anak2 juga..

bergambar dulu....jap lagi kita pi tempat lain plak..

apa lah yg MIE ET ni dok bualkan ye.....ada yg paham ke tu...kih kih kih

Hafiz bersama anak teruna nya....dan akan mendapat anak lagi bulan depan...aktif sungguh weh....hheee

cantik betul..tersusun je

Wah..hebat betul Abe Gee kita nih..hisap Cigar nah dio..patutla ambo pening palo.....huhuhuhu.....kelah dio loni sekat masuk My@PC koho kelah..hahhahhaha...jgn mare..bergurau senda di petang hari..apa2 pun SELAMAT DATANG di ucapkan pada otai kita dan anda tak rugi dan anda membuat pilihan yg bijak kerana memilih My@PC sebagai kelab utk kereta putih anda tu....hheehe

Qaseh Ayu tak berteman hari ni....Shamilica ke Miri..dan hanya di temani oleh anak2 tersayang..

Kami singgah utk menunaikan Solat Asar di Masjid kat Tok Bali...dan selepas ini kami akan menuju ke Besut plak.

Acara bergambar di perkarangan masjid....


di dalam kawasan masjid ni di penuhi oleh My@PC KELANTAN..

Terima kasih Roni LA kerana menjemput kami semua ke rumah anda...lain kali jemput lagi ye..

Anak kepada HAQ KB..cute2 je..

Ni dia model kita masa kini..namanya Tie....isteri kepada Fizzi Auto..apa la yg dok gelak besar tu...ooooo nak beli bedak baru ko....hehhehe...mana che abe weiii...beli bedok tuh..

Bad Mood je ni..ni mesti nak pi karaoke tak ok nih....hehhehhee..takpe...kita akan kumpul semua kaum2 ibu dan kita tubuh satu kelab utk kaum2 ibu...kalau kaum2 bapa keluar..kita kaum ibu kena keluar jugak...barulah hubungan sesama kaum ibu akan lebih rapat dan mesra ...

Selepas selesai solat Asar...rehat sebentar dan akan berkonvoi menuju ke Besut plak

Kami TT di Besut...di tepi laut dekat dengan Jeti nak ke Pulau Perhentian

suasana yg begitu meriah sekali.....

Semoga hubungan seperti ini akan terus berkekalan selama-lamanya..

Keadaan menjadi betul2 meriah bila setiap kali keluar...di seri dgn kaum2 ibu dan anak2..sesuai sangat dgn TEMA My@PC .....iaitu salah satunya adalah Kekeluargaan.

Bagi yg bujang tu cepat2 la khawin ye....hehhehe..

Sebelum kami nak bertolak balik ke KB...kami singgah di Masjid Besut utk Solat Maghrib dan sekaligus utk Solat Isyak..apa lah yg KP kita dok interview org tu ye..ni mesti KP kita nak belanja ayam kat Pak Cik tu..hehhe

Alhamdulillah....










Lepas je selesai kat rumah salah sorang rakan kami iaitu Saudara Roni LA di kampung halamannya iaitu di Sering, kami terus menghala ke Tok Bali.bukan selalu dapat berkumpul ramai2 mcm ni..so bila semuanya dah ada..kita adakan program last minute dan biasanya program last minute ni memang akan berjaya.


sebanyak 13 buah Proton Perdana mula memulakan Konvoi dari Sering ke Tok Bali..perjalanan kami alhamdulillah..takde apa2 yg berlaku..dan kami selamat sampai ke destinasi yg di tujui.sampai saja di Tok Bali acara bergambar di mulakan seperti biasala...kami di Tok Bali lebih kurang dalam masa 1/2 jam sahaja.dan kami akan mula bergerak menuju ke Besut utk minum2 kopi.dan seterusnya adakan acara TT di Besut.kami bergerak pulang ke KB lebih kurang dalam pukul 9.30 malam..


Kita harus memikirkan acara atau program seterusnya seperti ini agar ianya akan tetap segar dan bersemangat..dgn cara seperti ini secara tak langsung kita juga boleh berkumpul beramai-ramai..dan di sini juga penggunaan walkie memang amat penting..kalau takde walkie dalam konvoi memang susah kita nak 'comunicate'.dan di nasihatkan kepada semua rakan2 kelab ini..di kehendaki membeli walkie setiap seorang...utk kemudahan bersama...dan perancangan yg teliti perlu di bincangkan..


Nota Tangan: Penggunaan walkie memang amat penting di dalam sesebuah konvoi...tanpa walkie memang susah utk kita nak comunicate...utk menjaga agar konvoi kita tidak bercelaru..walkie di wajibkan..

0 Tera Kecek Kelate: