CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 21, 2010

MAJLIS CUKUR JAMBUL..

Hari ni kami menerima jemputan daripda BEN sekeluarga utk bertandang kerumahnya bagi memeriahkan Majlis Cukur Jambul anak perempuannya yang baru lahir .bila kami sampai acara cukur jambul tu dah selesai..tak sempat nak merakamkan gambar di saat-saat indah itu.


Kami dijamu dengan makanan Tradisional Negeri iaitu Laksa Penang dan jugak Laksa Kelantan.jom layan beberapa keping gambar yg sempat aku dan tuan rumah rakamkan buat tatapan rakan2 yg lain.

Inilah dia permata Hati BEN dan isteri....iaitu Nur Aliya Antasya...dengan kehadiran Puteri yg sungguh comel ini menambahkan lagi sayang BEN kita nih pada isterinya Zalina....Tahniah daripada kami iaitu rakan2 dari MYPC KELANTAN.

Fuh warna warni ulam-ulaman nih.....sedap sungguh weh ......memang pandai arr tukang buat Laksa Penang nih..memang sedap yg amat..lain kali buat lagi deh...bila nak buat pulok Laksa Penang nih..nak gie dumoh pulok nih....jauh pun takpolah ambo maghi jugok..heh heh heh.

Tengah hari tu kami sempat singgah di rumah salah seorang rakan kami iaitu BEN..ada Majlis Cukur Jambul dirumahnya.nampaknya rakan2 yg lain belum tiba lagi..so bergambar jelah dengan AHLI 2 org ni jelah dulu ye Mr BEN ..hehee.

Sedang menikmati Laksa Penang dan Laksa Kelantan dengan begitu nikmat skali....Fuhhhhh lain kali kalau buat Laksa Penang jgn lupa jemput lagi deh..

Ni nak kena belajar dan ambik resepi nih ...untuk buat Laksa Penang nih.

Lepas ni dah janji tuh...kena aktif kaum ibu plak....bagi yg nak aktif lah ye....takde paksaan pun..dan terima kasih buat Zalina iaitu isteri kepada Ben yg sememangnya senantiasa menyokong Ben dalam apa jua keadaan dan jgn lupa tu lepas pantang nanti Zalina kata nak join program bersama MYPC plak.:-)gud..gud...barulah meriah kalau kaum2 ibu menyertai bersama ye dak..

Shamil juga sempat meluangkan masa utk berkunjung ke rumah Ben , terima kasih diatas jemputan ye Ben..lain kali kalau nak buat Laksa Penang ka..Kelantan ka...jgn lupa jemput lagi deh.....sedapla Laksa Penang ari tu.

Bergambar bersama Ben sekeluarga.kebetulan pada masa ni kami sampai rakan2 MYPC yg lain belum sampai lagi.so kami bergambar dengan mana hok ado jah la dulu deh.


Ben bergambar bersama isteri tersayang dan juga kedua org anaknya yg tercinta.Dan Ben serta isterinya dan bagi Green Light lepas ni kalau ada Program MYPC , isteri Ben nak ikut skali..baguslah mcm tu...MYPC punya Motto ni Kekeluargaan, Kebajikan dan Kecerian...bila dah isteri pun nak bersama suami didalam apa jua Program ini memang di alu-alukan dan sudah pasti ianya akan lebih meriah kalau para isteri dan anak2 bersama.


Semoga MYPC tak lari daripada Motto utama Kelab..iaitu KEKELUARGAAN, KEBAJIKAN & KECERIAAN.Bila dah sertai MYPC kenalah ikut Motto Kelab.


Apa2 pun Tahniah dari kami iaitu rakan2 dari MYPC KELANTAN kepada BEN sekeluarga kerana mendapat Puteri .semoga dengan kehadiran puteri itu menambahkan keceriaan keluarga Ben.

ps: terima kasih kepada BEN sekeluarga kerana menjemput kami iaitu rakan2 MYPC kerumah beliau...

0 Tera Kecek Kelate: