CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 10, 2010

CAMERON HIGHLAND - PART 4

Dalam perjalanan kami nak menuju ke Cameron tu.kami terpaksa berhenti plak kali ni coz ada kereta milik salah seorang rakan kami mengalami kerosakkan iaitu ada kebocoran kat tangki air kalau tak silap la.nampaknya konvoi ni tergendala buat seketika bagi membantu rakan di dalam kesusahan nih.nasib baik kami ni ramai..so dalam ramai2 tu adalah yg reti nak tukar atau buat apa2 yg patut.sementara menunggu kereta di baiki...aku seperti biasalah menjalankan tugas sukarela iaitu mengambil gambar2 utk dimuatkan didalam Blog Kelantan.


Dalam masa yg sama jugak.kami terserempak dengan geng2 motor..adalah dalam 20 buah motor kalau tak silap la.Shamil siap tanya kat salah seorang Marshall dia org..kemana haluan mereka....mereka semua nak ke Bukit Merah..wah...sungguh kagum aku dengan mereka ni semua.jauh tu .....lagi berapa jam mau sampai ke sana...tapi semangat dan kerjasama serta sokongan telah melancarkan segala Program yg telah dirancang.semoga perjalanan mereka juga selamat sampai ke destinasinya.


Nampaknya ada kerosakkan telah berlaku disini...


Cari 'port' yg teduh plak..kami terpaksa berhenti kat sini dulu..coz kereta salah seorang rakan kami mengalami kerosakkan.terima kasih kepada semua rakan2 yg sanggup bersabar..tak kira la sabar mcm mana pun..bila semuanya dah selesai..kita akan mulakan konvoi seperti yg dah dirancangkan mengikut perancangan awal.


Uishhhh penuh...cam jual ubat je nih...hehhehhehee...sementara dok menunggu salah sorang yg belum sampai2 lagi pi beli barang....apa kata kita jual ubat dulu..mari..mari..mari..mari pilih nak barang apa kat enjin kete kuat nih.hehhehhee....jgn mare arrr


Hurmmm apa yg dok tengok kat enjin tu ye..mesti ada yg tak kena kat situ...ada kebocoran ke apa ke..takpe..kalau bocor kita tampalkan je...


Segala kelengkapan alat perang namanya nih..sorrylah eksss aku tak tahu nak tulis detail bab2 alat perang nih.hehhehhee..layan gambar jelah ye.


Kesemua rakan2 berhenti bagi membantu rakan di dalam kesusahan.terima kasih buat semua ahli kerana sanggup bersabar ..coz konvoi kita kali ni banyak kali 'berhenti'.walaupun ianya secara tak langsung melambatkan masa..tapi kami tetap bersama-sama dengan rakan2 yg memerlukan.

tak silap aku time nih dah ada salah sorang rakan yg pi beli barang 'spare part' utk dipasang ke atas kenderaan yg rosak ni..so kami tunggu jelah sehingga kereta siap dibomohkan.huhuhu.


Hisap rokok tu dulu utk hilangkan tension katanya tuan pemilik kenderaan yg rosak ini.hehhehe..takpe..sabar ye Nik..jap lagi kita bomohkan kereta anda ni....


Tgk apa2 yg patut dulu..sebelum nak baiki...kami terpaksa berhenti kat sini dulu buat seketika..kereta salah sorang rakan kami mengalami kerosakkan.dan bila ramai2 mcm ni..ramailah yg menolong..semangat mcm nilah yg kami cari2 ...semangat setiakawan gitu..


Malaysia Perdana Club...cantik betul baju ni..


Ok semuanya dah selesai..semangat kerjasama mcm nilah yg diperlukan dan sememangnya perlu ada dan ianya wujud di dalam MYPC..hurmmmmm..ringan sama dijinjing ..berat sama dipikul gitu.ni untungnya bila kita berkelab dan mempunyai ramai kawan..berkawan ni bukan hanya dalam senang je..dalam susah pun kita kena harus bersama.


Dan dalam MYPC ni alhamdulillah takde yg suka mengata atau menghentam sesama sendiri.hurmmm semangat mcm nilah yg KITA MAHUKAN...tak gitu ..

0 Tera Kecek Kelate: