



Semalam salah seorang wakil daripada My@PC Kelantan turun meeting bersama dengan Kelab Gen 2 .Mereka berminat untuk sertai My@PC Fan Club.My@PC memang mengalu-alukan semua rakan2 tak kira menggunakan kenderaan apa skalipun untuk menyertai Fan Club.ianya secara tak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim dan juga hubungan di antara Kelab2 Kereta yg lain.kami di My@PC adalah berfikiran terbuka, kami bukan duduk di tahap yg kebelakang di mana Kelab tak boleh nak bercampur dgn Kelab lain.kita menubuhkan Kelab kereta ni adalah untuk meramaikan lagi kawan2 dan juga secara tak langsung boleh menambahkan lagi rakan2 dari Kelab Kereta yg lain.
Semalam seramai 13 org yg telah mengisi borang utk menyertai My@PC Fan Club.sikap mereka seharusnya patut dipuji kerana mempunyai komitment utk berkelab begitu tinggi..tak banyak masalah..nak isi je borang dah siap 2 keping gambar..photostat geran kereta dan duit .memang nampak akan kesungguhan mereka dalam berkelab.apa yg diinfokan semua rakan Fanclub akan menyertai My@PC Fan Club .borang dah diberikan cuma tunggu di terima saja.kebetulan kami berjumpa dgn KP Fanclub iaitu Saudara Yusmanizam atau di kenali dgn nama Yus .dan kami juga telah berbincang untuk mengadakan Program Un-Official iaitu Konvoi Santai Bersama Keluarga ke Cameron pada 30hb - 01 hb Mei 2010 ini nanti.dan rata2 ahli mereka bersetuju utk sertai program ini.
Terima kasih kami dari My@PC Kelantan utk rakan2 Fanclub kerana telah memilih My@PC sebagai Kelab kedua anda.segala program selepas ini akan kita kongsi dan jalankan bersama..lagi ramai lagi meriah..semoga persahabatan ini juga akan berkekalan.
SELAMAT DATANG BUAT RAKAN2 FAN CLUB
0 Tera Kecek Kelate:
Post a Comment