CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 12, 2009

MAKAN PAGI DI LAKE GARDEN...

Suasana kat dalam taman permainan kat Lake Garden

Kami baru saja sampai kat Lake Garden ...untuk bersarapan...sambil menikmati kehijauan alam semulajadi.....

tgh mencari port yg sesuai utk makan pagi..

kaum2 ibu ...sibuk dok mencari tempat yg agak2 redup mata memandang gitu......hurmmm bestnya

Nasi Lemak yg di sediakan oleh Ariel....memang sedap...

wah...ni fokus kat mana ni...tang lengan ke apa ni..fuyoooooo...hhehee

Acara bergambar seperti biasa..

makan jangan tak makan........

ikut barisan nampaknya cara beratur utk makan nih..hehhee

wah...seronok betul kaum2 ibu menjamu selera sambil berbual2 dgn kaum2 ibu dari Central

memang pemalu betul 2 org ni.......bagi walkie pun tak nak cakap..hurmmmm

hah..tak habis lagi makan nampaknya ye...makan..makan..makan Nasi Lemak yg sedap tu

mcm sedih je ni...Nasi tak cukup ke...hehhehe mana Ariel nih......nasi tak cukup tu...

masih lagi bagi acara bergambar ...tapi nampak gayanya cam control je ni..

Burpppppp...alhamdulillah .....kenyang makan Nasi Lemak yg mak Saudara Ariel buat ni..memang sedap..lain kali buat lagi ye..

sambil makan...sambil berbual....ini boleh merapatkan lagi hubungan sesama yg lain tau..setiap kali ada TT..kaum ibu DI NASIHATKAN agar turut serta memeriahkan TT tu..barulah akan lebih akrab lagi hubungan di antara kaum2 ibu yg lain...

Rakan2 dari Cental juga tak ketinggalan utk sama2 menjamu selera..terima kasih kami dari My@PC KELANTAN utk rakan2 Central di atas sarapan pagi utk kami.

makan pun dah kenyang...mai kita perkenalkan diri masing2...

Hi...saya Oliee....dari My@PC CENTRAL....

masing2 memang di wajibkan perkenalkan diri....

Acara bergambar bersama-sama sebelum majlis bersurai

Kaum2 ibu dan bapa bergambar kenangan bersama rakan2 Central di Lake Garden

semoga persahabatan ini akan terus kekal selama-lamanya.....dan terima kasih kami ucapkan kepada rakan2 central yg banyak bersusah payah utk kami dari My@PC KELANTAN.










Masih lagi bab di Lake Garden....anak2 memang begitu gembira sekali bila dapat bermain di taman permainan yg begitu luas dan mcm2 jenis permainan yg ada kat Lake Garden tu...dah la suasananya yg redup....di penuhi oleh pokok2 yg rendang...memang begitu mendamaikan.


manakala bagi kaum2 ibu pula sibuk dgn anak2 dan sembang2 bersama kaum2 ibu yg lain..dgn cara seperti ini akan menambahkan lagi keakraban di antara satu sama dengan yg lain.memang begitu meriah sekali sambutan yg di berikan.....dan anjuran dari My@PC CENTRAL ini memang tak akan dapat kami lupakan.dan kami juga betul2 tak sangka dgn layanan serta program yg dah di aturkan utk kami....bukan sekadar datang nak tgk bola tapi ianya secara tak langsung boleh merapatkan lagi hubungan setiakawan ini.


lepas ni..kami semua akan bergerak ke Ampang...utk bermain Futsal..sebelum nak menyaksikan perlawanan bola sepak kat Stadium Bukit Jalil ..kami adakan perlawanan persahabatan di antara My@PC KELANTAN dengan My@PC CENTRAL.

DI SAMBUT OLEH RAKAN2 CENTRAL..

Baru saja tiba di Tol Gombak..rakan2 My@PC CENTRAL menunggu kedatangan kami..

Terima Kasih kepada My@PC CENTRAL kerana meluangkan masa untuk melayan kami dari My@PC KELANTAN.

Acara bersalam-salaman terlebih dahulu...sebaik saja sampai di Tol Gombak...nampaknya sudah ramai rakan2 dari Central sedang menunggu kami..

Bersungguh benor Saudara Fizzi ni bercerita nampaknya...apa la topic yg di bincangkan tu agaknya ye..

Ducados....Aman dan Haq KB....

Saudara Bad selaku mengawal lalu lintas....dan memberi isyarat kepada rakan2 yg lain supaya berhenti di tepi jalan.....selepas Tol Gombak..

Sesi bergambar yg berlatar belakangkan hutan belantara di Tol Gombak bersama dgn rakan2 dari My@PC CENTRAL

Bergambar kenangan dulu sebelum kami bergerak ke destinasi yg seterusnya

setelah sesi bersalam-salaman selesai....kami akan ke Tempua...

apa lagi yg rancak di bualkan ni agaknya ye....mesti dok cerita pasal pengalaman dalam perjalanan ke KL agaknya tu...hehee

betul2 serius nampaknya perbincangan ini...

Alahai si cute ni.....kebetulan malam tu adalah birthday utk Tsara...anak kepada Saudara AD TUNDA kita nih....dah besar nampaknya Tsara sekarang ni...

Kami dah mula bergerak menuju ke Tempua...di mana rakan2 My@PC CENTRAL telah mengadakan jamuan makan malam untuk kami..terima kasih kami ucapkan kepada rakan2 Central dan Kedah kerana sanggup bersusah payah utk kami..

sungguh grand nampaknya rakan2 My@PC CENTRAL menyambut kedatangan kami ni....dan kami menunggu kedatangan anda di Kelantan pula satu hari nanti..

kami baru saja sampai di Tempua...segala persiapan nampaknya dah tersedia....terima kasih di ucapkan sekali lagi buat rakan2 di Central..

Artis pun ada jugak kat My@PC ni rupanya..hehhe glamer betul My@PC ni rupanya ye...hehhehee..dan ini adalah Saudara Amar iaitu salah seorang dari kumpulan Scoin

Acara bergambar memang ada di mana-mana....senantiasa bergambar setiap masa ..

Kaum2 ibu juga tak ketinggalan turun padang setiap kali ada perjumpaan..

Kaum2 ibu dari My@PC CENTRAL

Kaum2 ibu dari My@PC KELANTAN

Apa la yg di pandang oleh Mr Prezz kita The Zool tu bersama dgn BlackGold

Burpppp...alhamdulillah kami betul2 kekenyangan pada malam tu...menu yg sedap..terima kasih kepada rakan2 Central skali lagi..di atas jamuan dan sambutan yg hebat yg di berikan kepada rakan2 utk rakan2 Kelantan ni..

Acara menyampaikan sticker kepada rakan2 My@PC KELANTAN yg baru.

Abe Gee pun ada...selamat datang ke My@PC

Saudara Atan Melor

Saudara Sueyie

Penyampaian sticket di lakukan oleh Timbalan Ketua Perhubungan Kelantan iaitu MIE ET....Saudara Presiden iaitu The Zool dan salah seorang Badan Penasihat My@PC iaitu Saudara Shamil..








Setelah kami mengharungi segala rintangan semasa dalam perjalanan ke KL semata-mata nak menyaksikan perlawanan bola sepak.dan akhirnya kami selamat sampai jua.


alhamdulillah kami semua selamat sampai di destinasi yg dituju...dan kedatangan kami di sambut oleh rakan2 My@PC CENTRAL..terima kasih di ucapkan kepada rakan2 di Central di atas sambutan yg betul2 meriah.kami selamat tiba di KL lebih kurang pada jam 9.00 malam..setelah bersalam-salaman dgn rakan2 dr Central yg menyambut kedatangan kami di Tol Gombak..dan seterusnya rakan2 Central telah membawa kami bagi acara makan malam di Tempua..

kami dari My@PC KELANTAN betul2 terharu dgn layanan yg di berikan ..terima kasih kami ucapkan...dan amat mengalu-alukan kedatangan anda di Kelantan nanti..