CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 10, 2009

My@PC BERSAMA BIKERS KELANTAN - PART 2

tunggu rakan2 yg lain tiba.........so sambil lepaking kami berposing dululah ye....

satu2nya ahli pompuan dalam My@PC KELANTAN buat masa ini iaitu Qaseh Ayu...di harap lebih ramai lagi kaum2 hawa dapat menyertai kelab ini dan memeriahkan My@PC KELANTAN.....dan yg tgh interprenggggggg ini adalah Mr Ben.....bukan BEN 10 ye.....hehhhehe

menunggu rakan2 yg belum lagi tiba......

sebanyak 13 buah Perdana dr My@PC mengikuti program yg di anjurkan dari Bikers Kelantan..

dari hari ke sehari kelab My@PC mendapat ahli baru...semoga kelab ini terus gah di Kelantan...

Bila dah berkumpul mcm ni..memang mcm2 topic yg kami bincangkan....dan kami akan adakan program dalam masa terdekat ini.....TUNGGGUUUUUUU....

nampaknya rakan kami dah sampai......so kita akan bergerak ke lokasi jap lagi..

beginilah keadaan kami bila menunggu....huhuhuhuhu......rakan kami dah pun sampai....tapi masih leka dok berborak.....

peace......jom....

masuk dalam kenderaan masing2...konvoi akan mula bergerak....dan selepas ini setiap kereta di wajibkan mempunyai radio....walkie ataupun rig....senang utk berkomunikasi semasa berkonvoi....

okeh...semuanya dah bersedia...jom kita bergerak...

betul2 meriah keadaan di sini.....

bersiap sedia utk bergerak atau berkonvoi menuju ke Stadium....setelah hampir 1 jam kami di Rantau Panjang dan kami akan mula bergerak pada bila2 masa sahaja...

suasana yg begitu meriah bila dapat bergabung bersama dgn kelab2 yg lain di dalam sesebuah program yg berlangsung....













Kami baru saja sampai di lokasi....nampaknya rakan2 yg lain dah sampai serta rakan2 bikers yg lain sudah pun berkumpul .....keadaan dan suasana waktu itu sememangnya amat meriah...deruman enjin2 motor berkuasa tinggi ini ...fuhhhh......betul2 hebat serta kereta2 yg ada juga semuanya canggih2...


di harap program ini senantiasa di adakan dan ianya secara tak langsung boleh merapatkan lagi hubungan sesama kelab yg sedia ada..walaupun kami mendapat jemputan last2 minute ..tapi semangat dari rakan2 My@PC memang 1st class...dan semangat seperti inilah di perlukan dalam berkelab..iaitu kerjasama dan sepakat....semoga persahabatan ini terus kekal dan semangat utk terus memajukan kelab ini tidak akan pudar dalam jiwa anda......


kami dr My@PC KELANTAN mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ini.....dan kita akan berjumpa lagi dalam program2 yg lain..

Friday, October 9, 2009

My@PC BERSAMA BIKERS KELANTAN - PART 1

dah kenyang.....rest dulu la ..penat....hehhehehe

apa2 pun posing dulu sebelum nak bertolak balik ke Kota Bharu...

memang meriah....dan begitu ramai yg hadir bagi memeriahkan majlis Hari Raya rakan2 bikers di Rantau Panjang.

program hari ni memang berjaya .........begitu ramai yg turut serta...dan terima kasih kepada bikers Kelantan kerana menjemput kami di My@PC KELANTAN ..

Fizzi (T. Bendahari My@PC ) di tengah2 adalah Tengku iaitu selaku Prezz dari Suzuki Swiff dan Rozan ( Head My@PC KELANTAN ).

lebih kurang 60 buah motor berkuasa tinggi dr pelbagai jenis model berkumpul di Rantau Panjang...

kereta antik turut memeriahkan program petang tadi...di dalam kereta ini ada pelbagai jenis barangan yg hendak di jual....contohnya T-Shirt dan sebagainya...

suasana yg cukup mencemaskan semasa kami berkonvoi tadi..di mana terdapat kenderaan awam yg tak memberi kerjasama dan nyaris2 nak berlaku kemalangan tapi di kawal pantas oleh bikers2 yg cekap serta marshal dr My@PC KELANTAN...

kami baru saja tiba di Stadium Muhammad ke IV.....sesi bergambar di mulakan seperti biasa....

motor2 berkuasa tinggi dari Bikers Kelantan....

sekali lagi bergambar nampaknya...dan terima kasih di atas kerjasama anda bagi memeriahkan majlis ini...dan sokongan anda di perlukan senantiasa bagi memajukan lagi kelab My@PC di Kelantan...

Kelab Viva juga turut berkumpul di Stadium.....keadaan pada waktu itu memang betul2 gamat rasanya...kerana semua kelab kereta berkumpul pada waktu itu....

sesi bergambar dr rakan2 bikers...

fuh...........Gold Wings, BMW , Kawasaki dan sebagainya...memang betul2 mantop motor2 nih.....dan semoga program bersama ini senantiasa di jalankan bersama....bagi merapatkan hubungan di antara kelab2 yg sedia ada..

abg2 motor nampak begitu santai sekali...dan bergaya dgn motor kesayangan masing2..

bergambar kenangan bersama-sama rakan2 dr Suzuki Swiff..dan kita akan rancangkan program bersama nanti....

abang2 polis juga turut tak ketinggalan bagi memeriahkan program ini...

bergambar...berkumpul....sebelum kami bergerak pulang menuju haluan masing2..

fuyoooooo.......sound system yg mantop dari salah sorang rakan kami..

enjin yg mantop juga nampaknya....kete kuat nih....

tak habis2 lagi nampaknya bagi acara posing2 nih......bukan selalu berjumpa...tapi sekali berjumpa mcm nilah suasana nya....dan kami sememangnya seperti satu keluarga besar.....di harap semangat ini tetap di teruskan ..dan yg penting hubungan serta semangat yg jitu utk mengukuhkan lagi kelab ini...semangat dari kawan2 adalah keutamaan bagi kami ...marilah kita sama-sama memajukan kelab...semoga My@PC terus kukuh dan gah di Kelantan...

anak kecil siapakah ini...heheheehe...lagi meriah kalau setiap kali di adakan program ....anak2 dan kaum ibu turut serta...ini boleh merapatkan lagi hubungan di dalam sesebuah kelab yg berterapkan kekeluargaan...
















Jumaat 09-10-09.

Jumaat di Kelantan adalah hari cuti...bila dah cuti dan kebetulannya masih lagi dalam suasana Hari Raya....kami My@PC KELANTAN di beritakan dan di undang oleh Bikers Kelantan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Hari Raya salah seorang rakan bikers di Rantau Panjang.

kami berkumpul di Pasir Hor iaitu bersebelahan dgn Horizon Restoran....sebanyak 13 buah Perdana mula berkumpul seawal jam 4.00 ptg , sementara menunggu rakan2 yg lain tiba..utk sama2 berkonvoi menuju ke Rantau Panjang...setelah semuanya sudah sampai..kami mula bergerak menuju ke destinasi yg di tuju...kami di jamu dgn pelbagai jenis makanan yg sedap2....dan sesi perkenalan di mulakan bagi merapatkan lagi hubungan di antara ke dua pihak..


program di sana memakan masa selama 1 jam sahaja....dan kami akan mula berkonvoi balik bersama-sama menuju ke Kota Bharu...di mana penamatnya adalah di Stadium Muhammad ke IV..sebanyak 60 buah dari pelbagai jenis model motor berkuasa tinggi berkumpul, 13 buah Perdana dr My@PC KELANTAN..dan wakil2 dr kelab yg lain..memang meriah sekali apabila semua kelab berkumpul bagi menjayakan program ini.


jom kita layan gambar yg sempat di rakamkan oleh kami pada petang tadi..

Tuesday, September 22, 2009

TT MALAM RAYA......

setelah sekian lama dok berborak...akhirnya Ketua Perhubungan My@PC KELANTAN....belanja kami semua makan....thanxs KP....

Qaseh Ayu dan Shamilica ( Black Gold )

apa yg di bincangkan ni....serius nampak......

sambil makan....sambil posing....

Ayie Pahang juga turut hadir pada TT Raya kali ni.....

Saudara Khairul serta rakan2 dari Melor juga tak ketinggalan memeriahkan malam TT tersebut....suasana yg betul2 meriah.....rakan2 jugak ramai yg datang memberi sokongan pada perbincangan kali ni....

TKP....baru sampai dari Cameron dan terus sertai TT kali ini......semoga setiap kali TT...di harap semua rakan dapat meluangkan masa utk turun dan sama2 memeriahkan suasana..

ini adalah rakan2 dari Melor dan ada juga dari tempat lain....terima kasih kerana sudi datang....setiap hari jumaat ( malam) ..bermulanya dr jam 9.30 malam...di KFC , Kubang Kerian kami adakan sesi TT buat masa sekarang......di jemput semua rakan2 dapat hadir...

MEGA TT KELANTAN akan berlangsung pada bulan 10 nanti..........dan perbincangan akan menyusul kemudian dgn segala aktiviti yg akan kami adakan..

Tahniah buat Saudara Khairul di atas kedatangan org baru di rumah anda ( dapat baby )

apa yg lucu sangat ni KP.......di sebelahnya tu TB....bukan Takut Bini tapi Timbalan Bendahari...hehhheee

sesi bergambar memang tak kan kami lepaskan......:-)

memang betul2 meriah sekali..terima kasih di atas kedatangan anda semua...

sibuk betul Timbalan Setiausaha My@PC KELANTAN ni......

My@PC di Kelantan tetap kukuh ......dan ahli kami juga sudah pun mencapai ke 20 org ahli buat masa ini

setelah apa yg di bincangkan semuanya dah selesai......kami nak bergerak menuju ke Highway Pair Mas utk aktiviti bersahur....












Malam ni adalah malam yg betul istimewa bagi kami semua.......Last TT bagi bulan puasa tahun ini kami adakan di tempat yg sama iaitu di KFC Kubang Kerian, kali ni juga ramai kawan2 yg turun....terima kasih utk semua...


suasana memang betul meriah dan gamat sekali...dengan kehadiran dari semua rakan2 membuatkan suasana malam tu cukup2 meriah..di samping ber TT kami juga adakan sedikit perbincangan pasal di mana hala tuju kelab dan apa program yg akan di lakukan nanti..dengan apa2 saja hal My@PC serta ahli2 My@PC KELANTAN yg lain akan tetap bersatu dan setia dgn My@PC....


lebih kurang jam 3.00 pagi kami berkonvoi sebanyak 9 buah kereta perdana menuju ke E-RUP SUP di jalan Highway ke Pasir Mas utk bersahur beramai-ramai.....

Monday, September 7, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA ..

Sebelum tu acara seperti biasa....iaitu acara bergambar sebelum nak bergerak balik..hehhehhehhee......cepat la c.marshall dah nak balik nie.....

Timbalan Ketua Perhubungan My@PC KELANTAN iaitu Saudara Mie ET bersama dengan YDP Pasir Mas, sedang menyanyikan Lagu Negaraku....diiringi dengan bendera malysia

Semuanya betul2 bersemangat bila menyanyikan lagu Kebangsaan kita iaitu Lagu Negaraku....selesai je kami semua menyanyi...kami di hiburkan plak dgn beberapa dentuman bunga api...betul2 meriah malam tu....dan Majlis Berbuka Puasa kali ni memang luar biasa hebatnya...

Ketua Perhubungan My@PC KELANTAN iaitu Saudara Rozan nampak begitu bersemangat sekali menyanyikan Lagu Negaraku ..di sebelah beliau adalah YDP Pasir Mas...di mana yg turut serta menjayakan majlis dan menyambut ketibaan kami...Terima Kasih kami dari My@PC KELANTAN kepada YDP Pasir Mas kerana meluangkan masa utk sama2 menjayakan acara ini..dan sekaligus ia juga dapat mempromosikan My@PC di mata umum.....

Program Majlis Berbuka Puasa pada kali ini memang betul2 meriah...dan betul2 tak di sangka kerana ianya mendapat sambutan yg amat luar biasa dari ahli2 My@PC yang lain.Program berjalan lancar...Sebanyak 25 buah kenderaan Proton Perdana dan lebih kurang dalam 55 org ahli yg hadir utk turut serta bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa pada kali ini..

ini adalah di antara sebahagian daripada ahli2 baru dari Machang yg baru mendaftar pada malam tersebut...apa2 pun SELAMAT DATANG untuk anda semua..teruskan semangat setia kawan anda bersama di dalam kelab ini.....

Sempat lagi Saudara Adi kita posing di situ...dan selamat datang jugak kepada anda....dan terima kasih kerana memilih utk menyertai kelab kami...semoga kelab ini terus gah dan di kenali ramai...

Saudara hilmey selaku PM utk Program Majlis Berbuka Puasa di Machang pada kali ini....dan di temani oleh Saudara Darus di samping ....SIAPA ITU ??????

beginilah suasana yg sungguh meriah .....semangat setia kawan mcm ni lah yg kita perlukan dr semua ahli.....di mana setiap program di sokong oleh semua ahli utk menyertai bagi memeriahkan lagi keadaan dan akan lebih mengeratkan lagi tali silatur rahim sesama kita...











30hb Ogos 2009, lebih kurang jam 5.30 petang kami dari My@PC KELANTAN adakan program Majlis Berbuka Puasa di Machang . program ini adalah program dr rakan2 di Machang dan kami di Kota Bharu hanya memeriahkan majlis tersebut.....kami berkumpul di KFC Kubang Kerian.setelah semuanya berkumpul.....konvoi ini mula bergerak menuju ke Machang, konvoi kali ni di sertai sebanyak 25 buah kenderaan Proton Perdana yg memeriahkan program tersebut.


terima kasih juga kami di Kelantan ucapkan kepada Saudara Aman iaitu My@PC CENTRAL yg turun dan memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut bersama-sama dengan rakan2 My@PC KELANTAN.semoga anda tidak serik utk menyertai program kami di Kelantan ye..hehhehe...
marshall2 pada hari tersebut....fuh... semuanya hebat2 , walau ada sesetengah tu tak terkawal keadaan...takpe mungkin org2 baru yg nak belajar jadi marshall, jadikan pegalaman itu sebagai pengajaran.....yg penting meriah dan hebat.......hehhehheee

kami singgah utk solat Maghrib di Machang dulu..sebelum meneruskan perjalanan ke tempat utk berbuka puasa......kami di sambut oleh rakan2 My@PC machang bersama dgn ahli2 yg baru yang nak mendaftar pada malam tersebut. seramai 6 org ahli baru kita terima pada malam tersebut....selamat datang di ucapkan kepada ahli2 baru dan terima kasih kerana mempercayai My@PC ....marilah kita sama2 memajukan kelab ini.......dan senantiasalah menyokong kami...


jom layan gambar yg di sediakan......gambar yg selebihnya ...akan di updatekan dr masa ke semasa ye.......