CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 29, 2010

MALAM TT..

Sesi bagi kaum bapa berbincang nak pi Nite Drive kat mana malam ni..

Nampaknya semua dah berkumpul..jom kita ronda2 Kota Bharu Kota Budaya..

Sebahagian yg sempat meluangkan masa pada malam semalam..

Zietie dan Ayu..XYL kepada Fizzi Auto dan Shamilica.

Setelah pusing2 bandar KB ni..akhirnya kami berkupul di Dataran Quran utk agenda seterusnya..

Perbincangan daripada ahli2 My@PC utk aktiviti selanjutnya..ada yg dah nak balik..

Apa yg KP dok cakapkan tu...mesti ada sesuatu yg menarik nih.

Anak2 yg senantiasa bersama setiap kali turun TT.secara tak langsung ianya jugak boleh merapatkan hubungan anak2 ahli yg lain ..dan ini adalah puteri2 kepada Qaseh Ayu dan juga Zietie ( Fizzi Auto )












Malam ni TT seperti biasa..setiap malam Khamis jam 10 malam bertempat di Restoran Miria Jalan Kubang Kerian.seperti yg di ketahui oleh semua ahli di mana kita adakan TT seminggu sekali pada setiap hari khamis.kepada semua rakan2 di jemput hadir ke tempat yg dah diberitau.lagi ramai lagi meriah, dgn kedatangan dari rakan2 semua secara tak langsung ianya akan lebih memantapkan kelab My@PC di Kelantan.dan DIINGATKAN sekali lagi kepada semua rakan...My@PC ini berterapkan 3K...iaitu Kekeluargaan, Kebajikan dan Keceriaan.bagi yg mempunyai keluarga iaitu isteri..suami dan anak...bila masa TT tu sila lah bawa.di dalam berkelab ni memang tidak ada paksaan tetapi bila je sertai My@PC anda kena INGAT dan AKUR yg My@PC ni berterapkan 3K.


Malam tadi walaupun takdelah ramai sangat yg turun TT..mungkin masing2 ada tugasan..bagi yg free bolehlah luangkan masa utk sertai TT setiap hari Khamis .lepas je makan2...dan sembang2....tapi malam ni Topik yg dibincangkan ialah kami di My@PC Kelantan akan adakan AGM ..tarikh utk AGM ni nanti setiausaha kelab akan maklumkan kepada semua ahli dalam tempoh 1 bulan sebelum AGM di mulakan.maklumat lanjut akan di beritahu kemudian.


pada malam tadi jugak selepas TT. kami adakan sesi Nite Drive.dah lama rasanya tak buat Nite Drive bersama dgn rakan2 yg lain.semoga My@PC di Kelantan terus maju dan terus gah selalu.

Wednesday, March 24, 2010

TT - TEH TARIK

Harap lepas ni bila dah dapat Handy baru ni Mie Japan..anda semakin aktif berkonvoi ye..ada handy baru best nak konvoi..takdelah nak sunyi sepi di buatnya...betul tak.

Senantiasa bersama....shamil dan Ayu...meluangkan masa utk TT bersama dengan rakan2 yg lain.

Semoga My@PC KELANTAN terus kukuh..tak kira lah sama ada ahli yg aktif ataupun tidak aktif..jikalau ada ahli yg tak aktif..selepas ini jom kita pakat2 aktif balik..dan PIKIR BALIK cara pengurusan yg betul...apa saja atau segala masalah boleh di bincangkan ..tapi bukan dengan cara menyalahkan org lain.

Helmiey bila nak beli handy baru nih..

merenung masa depan..katanya tahun depan dia nak khawin...meh kita pakat2 meriahkan majlisnya nanti..

Bujal baru saja mengisi borang keahlian utk join My@PC ..dan selamat datang utk anda.

Baru balik dari bersukan My@PC katanya Adil..tapi rasanya masih ramai lagi ahli yg tak tahu pasal sukan My@PC ni wujud . takpe lepas ni kena war2kan kepada setiap ahli dan bagitau secara detail pasal aktiviti sukan ni kepada moderator, senang utk diupdate di dalam blog.

makan sudah..minum pun sudah...

masih lagi disini sampai jam 2 .00 pagi nampaknya.masih ada hal yg ingin dibincangkan lagi..bincang ke???

Lepas ni nak buat program apa plak ye...meh la pakat2 pikir mcm mana nak tarik minat ahli kembali..jgn cakap MALAS nak buat program plak..takde istilah malas dalam My@PC ni, syabas utk semua My@PC yang senantiasa berfikir utk mengukuhkan lagi My@PC di Kelantan terutamanya.

lepas ni nak adakan konvoi santai ke Cherating, mana2 yg berkelapangan bolehlah join.

Lepas acara Teh Tarik, kami nite drive ke PCB plak.














Malam ni kami dan rakan2 yg lain keluar TT di Permai Cafe Jalan Pengkalan Chepa.walaupun malam ni bukan malam TT seperti biasa.tapi saja je nak keluar minum2 sambil berjumpa dgn rakan2 yg lain.perjumpaan mcm biasa la bermulanya jam 10.00 malam..tak sampai 1 jam memang susah nak nampak yg lain..ini sudah lumrah alam dan kena terimalah hakikat ini, coz kita berkelab ni hanya suka2 , meramaikan kawan2 dan begitulah seterusnya.


walaupun tak ramai yg hadir tapi ianya cukup meriah gakla dgn kehadiran rakan2 yg sempat meluangkan masa .layan jelah gambar...takde cerita yg perlu di ceritakan...


PERHATIAN: DIHARAP MENDAPAT KERJASAMA DARIPADA AJK & AHLI, JILAKAU ADA TARIKH2 PENTING ATAU PROGRAM RASMI YG HENDAK DIANJURKAN, SILA SMS KEPADA MODERATOR BLOG YG BERTUGAS UTK DIMUATKAN DIDALAM RUANGAN AKTIVITI , TERMASUK JUGAK HARI BERSUKAN UTK MYPC.HARAP MENDAPAT KEJASAMA DARIPADA ANDA SEMUA..

Friday, March 12, 2010

TT DI KEDAI CIK SITI...

Macam biasa jugak kaum2 ibu memang suka bergambar.....

Apa yg serius sangat KP ni agaknya ye..mungkin dok tgh fikir apa yg nak di beli jap lagi kat TESCO kot..hehhehee

Sukakan situasi seperti ini....TT bersama kaum ibu dan anak2..

cukup meriah skali..walaupun tak ramai..tapi meriah dgn gelagat anak2 , manakala kaum ibu dgn perbincangannya sendiri...

pose daripada kaum2 bapa.....wah Fizzi rambut baru nampak..hehhehhe

Thanxs Z'din kerana anda memang BEST..demam2 pun sanggup turun...

Apa la yg Saudara Shamil ni dok menungkan ye......hurmmmmm....TT kali ni berakhir dgn perbincangan nak ke KL sempena cuti sekolah..tapi tak pasti sama ada jadi atau tak..hhehehhehe












Malam tadi kami sempat TT yg tak dirancang bersama KP dan beberapa ahli yg lain...TT kali ni memang tak di rancang..ianya datang secara spontan..mana2 rakan yg berkelapangan bolehlah join TT kat Warung Cik Siti....tempatnya memang strategik skali...sesuai sebenarnya utk di jadikan tempat perjumpaan Teh Tarik..


jom layan je berita bergambar yg di sediakan....



Zasssssssssssssssssss

Thursday, March 11, 2010

PANTAI TELUK KETAPANG...

Ganas betul dia punya singboard nih...kalau buat dgn tulisan merah..gerenti nampak cam Misteri...hehhee

Menjamu selera dgn Nasi Kerabu bersama dgn tuan kedai skali.

adeiiii..kami dah tak tahan ni...kelaparan tahap gaban semuanya ni

jom kita menjamu selera dulu...

wah...semuanya makan tak tgk kiri kanan nampak...betul2 kelaparan nih...hehe

makan ramai2 mcm ni memang amat menyelerakan skali......seronok bila dapat berkumpul seperti ini....lain kali kita buat lagi aktiviti seperti ini..

licin semuanya kami makan....fuh....jap lagi nak bawak kereta pun best...perut pun dah kenyang....

jap lagi kami dah nak gerak balik ke KB, semoga perjalanan kami selamat sampai..dan terima kasih kepada semua yg menjayakan aktiviti santai ini dgn begitu jayanya..komitment anda amat2lah kami hargainya..jumpa di lain acara..









Destinasi kami yg terakhir bagi program santai bersama keluarga kali ni berakhir di Pantai Teluk Ketapang.alhamdulillah sepanjang perjalanan program ini berlangsung rata2 ahli yg sertainya berpuashati dan inginkan aktiviti santai ini di adakan sebulan skali...dan kami akan berfikir bagaimana caranya utk merapatkan ahli2 yg dah sedia ada dgn program seperti inilah..bukan hanya dok minum2 pastu balik...aktiviti seperti ini secara tak langsung boleh merapatkan lagi sesama ahli dan ianya mendatangkan keseronokkan dalam diri ahli sendiri..iaitu semangat ingin berkonvoi ..lebih2 lagi yg dah ada handy lagi seronok coz sepanjang perjalanan anda boleh berkomunikasi...nak inform apa2 senang.....dan konvoi kami kali ni memang kesemuanya di lengkapi dgn handy masing2..


Pada mulanya kami nak makan kat kedai yg agak femes emes tang udang celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang ni..tapi kedainya dah tutup...kami singgah je kat mana kedai yg masih dibuka...bila kami sampai je..kami order apa yg nak...tapi kami minta kebenaran daripada tuan empunya kedai nak makan Nasi Kerabu yg kami bawak sendiri...tuan kedai itu memang terlalu baik dan membenarkan kami makan makanan yg di bawa oleh kami sendiri...sebagai menghargai jasanya kami makan bersama-sama dgn tuan empunya kedai skali...


sungguh meriah skali suasana makan malam kami di Pantai Teluk Ketapang ni...dalam keadaan semuanya kelaparan Nasi Kerabu yg di bawa akhirnya licin...di makan plak dgn ikan celup tepung dan sotong celup tepung yg panas2...fuh memang amat menyelerakan skali....kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli2 yg menyokong aktiviti santai ini...dan terima kasih juga kerana menjayakan program ini...semoga kita senantiasa ceria seperti ini...dan kita akan berjumpa lagi di lain aktiviti santai di lain hari dan di lain tempat..



PANTAI BATU BUROK, TERENGGANU..

Singgah belu telur penyu kat Pasar Payang..

baru saja sampai di Pantai Batu Burok...sampai je anak2 terus nak main nampaknya..

wah seronoknya kanak2 ni nak bermain..tak sabar nak layang2 ke tu..

pandang ke atas...jgn pandang ke kanan..kan tersangkut kat pokok plak layang2 tu Dik oiiiii..hhehee

pandai ke anak2 ni bermain..apa yg penting anak2 gembira dengan apa yg mereka main..

wah tingginya.......main elok2 ye....

heloo ...ni namanya Dik Ya, anak bongsu kepada Qaseh Ayu..

Danial anak lelaki Saudara Fizzi & Zietie....

kami dah mula nak bergerak balik....sebelum tu sesi bergambar kenangan di Pantai Batu Burok ramai2....

Dah nak balik sempat lagi tu nak beli ice cream...

makan ice cream baik2 ye..










Akhirnya , kami dah ke penghujung aktiviti.....aktiviti kali ni kami ke Pantai Batu Burok di mana ianya lebih kepada aktiviti untuk anak2....anak2 pasti gembira bila dah dapat main pasir...layang2 dan sebaginya..tapi yg penting kami ataupun anda senantiasa mengawasi anak2 bermain..sebelum kami nak ke Pantai Batu Burok tu kami singgah di Pasar Payang dulu utk beli telur penyu.telur penyu Terengganu memang best rasanya memang lain betul dgn telur penyu Sabah..tapi harganya memang agak mahal sedikitlah...tapi bila anda makan memang puashatilah.setelah kami selesai shopping barang2 makanan di Pasar Payang, kami terus bergerak ke Pantai Batu Burok.



kat sini suasananya memang amat meriah, begitu ramai skali org2 yg berkunjung di Pantai Batu Burok nih...mcm2 aktiviti yg kami tgk dia org lakukan.kanak2 memang seronoklah bila dapat main layang2..manakala kaum2 bapa juga tak ketinggalan bermain sama..kaum2 ibu hanya duduk memerhatikan anak2 bermain..sungguh indah dan meriah betul pada waktu ini...seronok bila kami melihat anak2 bermain .....keseronokkan nampak di wajah mereka..lain kali kita akan buat program santai bersama keluarga lagi selepas ini...dan ianya akan di usulkan kepada AJK tetapi di harap agar AJK juga memberi sokongan dan memastikan semua ahli turut serta...dan segala perancangan secara terperinci akan kami aturkan agar segala program berjalan takde nak kalut.



SINGGAH MUZIUM JAP..

Muzium Negeri Terengganu...

Kami tak sempat nak melawat ke dalam..coz kami sampai pun dah 5 minit lagi nak pukul 5....masuk je dalam kawasan Muzium ni..mata kami terpaku melihat keindahan bangunan Muzium ini...sungguh cantik dan begitu antik skali.

Bangunan ni skali tgk mcm di perbuat daripada kayu je..tapi ianya adalah batu.....sungguh unik skali..

Cantik kan ....tgk je rasa cam suasana kampung pun ada..

di depan Muzium ada dipamerkan kenderaan yg telah digunakan pada zaman Raja2 dan juga ada di pamerkan kereta Proton barangan Malaysia yg pertama di keluarkan iaitu Proton Saga.

Anak2 begitu asyik skali melihat kereta2 antik di depan mereka.

wow....cadillac.......

kereta kebal ke apa ni.....anak2 memang seronoklah ..tu belum masuk ke dalam lagi..memang banyak lagi pertanyaan yg akan mereka tanya.....satu pengalaman dan ilmu pengetahuan juga utk dia org..

jom kita balik....ada banyak lagi tempat yg kita nak singgah nanti..

Kami keluar ngam2 jam 5.00 ptg...lain kali kena datang kat sini dulu...

Anak sape ni..hehhehhehe....candid Photo..











Masih lagi di dalam entry bab Terengganu....belum habis lagi topik ni nampaknya..aktiviti santai kami pada kali ini memang teramat meriah skali....lain kali kami nak aturkan aktiviti santai bersama keluarga dan bermalam hanya 1 malam sambil bakar ayam..fuh.....program itu akan kami bincangkan dan akan bawa ke meja AJK nanti.harap AJK memberi kerjasama dan menerima baik cadangan yg akan kami aturkan janji..dan berharap agar ahli2 lain juga turut serta kerana program yg kami akan aturkan nanti sudah pasti akan meriah dan terlebih meriah..


Kali ni kami singgah di Muzium Negeri Terengganu, nampaknya rezeki kami nak bawak anak2 melawat di dalam tak kesampaian coz sampai 5 minit sebelum nak pukul 5 ptg...muzium ni jam 5 ptg dah tutup...so kami hanya melawat diluar kawasan sajalah...masuk je ke perkarangan Muzium ni mata kami terpaku melihat keindahan bangunan Muzium yg begitu gah skali..sungguh cantik dan begitu antik skali.tu belum masuk ke dalam lagi..tgk dari luar pun dah terpegun..anak2 nampak cam frust je semuanya coz tak dapat nak masuk melawat di dalam Muzium.lain kali kalau kita buat program ke Terengganu..kita kena datang awal2 ke Muzium ni..tak banyak cerita yg nak dikongsikan bab2 Muzium ni coz kami tak masuk ke dalam ..hanya bergambar kenangan di luar sahaja..apa kata kita saksikan segala gambar yg ada jelah ye..