CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 27, 2009

BELUT OH BELUT...

belut paprik.......hurmmmmmm...yummy..

nilah dia wajah2 pemakan belut...hehehhehhehee

hehhehhee...ni pun pemakan belut gak ni........lariiiiiii

jelingan manja dari pemakan belut malam itu iaitu Saudara HAQ KB....

begitu khusyuk skali KP kita tu dok menghirup kuah sup belut...hhehehee.....dan Black Gold ni asyik makan maggie belut je..

makan belut utk kekuatan dalaman....hurmmmm...........meh pakat makan ghama-ghama..







Hurmmmm..lepas je mesyuarat kali ke 2 ......kami terus bergerak menuju ke Demit.....di mana tempat yg ada jual masakan belut...


kaum2 bapa My@PC KELANTAN ni memang suka makan belut.tgh2 malam pun dia org sanggup turun padang semata-mata nak makan belut...mcm2 masakan yg boleh di dapati di kedai itu yg berasaskan belut....


jom kita ikuti gelagat dia org dalam acara makan belut...

MEETING 2/2009

menu untuk meeting kami malam itu.....adalah 'colek malah' hehhehe

sebelum memulakan mesyuarat......acara makan dan berbual dulu....sementara menunggu sesetengah AJK yg belum sampai2 lagi....

Pengerusi tetap dah hadir nampaknya...

Pengerusi Tetap My@PC KELANTAN iaitu Saudara Yie KB dan AJK BIRO AGAMA KELANTAN iaitu Saudara Madi.

Badan penasihat dr central juga turut hadir bersama pada malam tersebut..bagi memastikan perjalanan mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

masing2 dah kelihatan begitu serius skali..apabila topik KETEPATAN MASA di tekankan pada permulaan mesyuarat.

masing2 dah kelihatan agak serius lagi.......hurmmmmmmm....dengar apa yg di cakapkan Ketua Perhubungan kita..

pemantau mesyuarat pada malam tersebut adalah Badan Penasihat My@PC Malaysia iaitu dr Centarl iaitu Saudara Black Gold dan AJK BIRO AGAMA dr Central iaitu Saudara Wan Zul a.k.a Tok Neber...

setakat hari ni.....My@PC di KELANTAN dah menerima 26 keahliaan.....dah semakin bertambah dari masa ke semasa..kami mengharapkan ahli kali ni memberikan komitmet yg penuh terhadap kelab..bagi sama-sama memajukan kelab dan memperkukuhkan kelab ini lagi...

Qaseh Ayu bersama Black Gold senantiasa bersama....di mana saja berada.......peace..

hah...garang betul KP kita malam tu....hehehhee......tapi betul katanya...KETEPATAN MASA itu penting...kecuali ada hal2 tertentu utk datang lewat kenalah bagitau sebab yg munasabah kan...

Qaseh Ayu tengah mengira duit untuk di berikan kepada cebtral bagi mendapatkan sticker ahli..

last skali...check dulu mana yg ketinggalan sebelum kami bersurai....apa2 pun mesyuarat kali ni berjaya..









Sabtu , 22 Ogos 2009 - Bertempat di Restoran Permai Cafe Dpn Balai Polis Chabang 3, Pengkalan Chepa, Mesyuarat My@PC KELANTAN . Bilangan 2/2009 telah berlangsung. Mesyuarat kali ni di pengerusikan oleh Ketua Perhubungan My@PC KELANTAN iaitu Saudara Rozan dengan kehadiran seluruh AJK Penajaan bagi Negeri Kelantan dan di pantau oleh Badan Penasihat iaitu Saudara Black Gold dan AJK BIRO AGAMA dari Central iaitu Saudara Wan Zul.

Meeting kali ini berjalan dengan begitu serius, dengan penekanan diberikan kepada KETEPATAN MASA dalam menghadiri mesyuarat dan TT ( Teh Tarik ). Perkara ini sangat di tekankan bagi mengukuhkan "root" atau tapak AJK penajaan My@PC di Kelantan. Sehubungan dengan itu beberapa kata putus sebagai minit mesyuarat telah di catatkan demi memperkasakan dan menjulang nama My@PC di Negeri Kelantan khususnya dan MALAYSIA amnya.

Komitment yg begitu tinggi telah dapat di pertontonkan dalam mesyuarat pada kali ini..kesungguhan AJK ini begitu cemerlang dan kelihatan dalam menjanakan MISI dan VISI kelab. Selain perkara pokok di atas beberapa agenda sempena Bulan Kemerdekaan dan Bulan Ramadhan ini telah di rancang.


kita ikuti sedikit gambar yg sempat kami rakamkan semasa mesyuarat berlangsung pada malam tersebut.

Wednesday, August 26, 2009

MALAM TT

isi borang untuk siapa agaknya TIMBALAN kita tu ye...hurmmmmmmm

My@PC memang best......dan My@PC KELANTAN dalam proses nak 'kemah' ahli2 yg dah sedia ada terlebih dahulu...sebelum menerima kemasukkan ahli2 yg baru selepas ini..

apa yg serius ni..........oooo....nak kan ahli2 yg berkualiti rupanya....yelah kita sekarang ni bukannya ahli bonus lagi tau......

banyak betul idea dari Saudara Nick kita ni......satu pengalaman yg indah yg dia ceritakan pada kami malam itu..

ni gaya apa la plak agaknya....huhuhu

kaum ibu juga tak ketinggalan.....di harap selain dr komitment lain yg kita cari....jgn lupa bawak keluar kaum2 ibu utk ber TT jugak....bolehlah kaum2 ibu saling kenal mengenali dan eratkan silaturrahim sesama kaum ibu....

malam ni agenda makan 'colek' takde......hanya ada agenda Teh Tarik sahaja...

buat rakan2 luar dr kelantan...kalau berkunjung ke Kelantan....jgn lupa hubungi kami......bolehlah kita TT bersama ..di samping mengeratkan tali persaudaraan sesama insan...









Kali ni kami TT selewat jam 12 Tgh Malam...di Restoran bersebelahan dengan Malibu Cafe.


TT kali ini di hadiri oleh rakan-rakan My@PC dari jauh daripada Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur iaitu Ayie Pahang ( cameron ) , Nick drpd Kuala Terengganu dan Black Gold drpd Central....yang kebetulan berada di Kota Bharu pada malam itu.

memang agak kecoh jugaklah kedai tersebut dgn suara riuh rendah kami ni..kerana masing2 dah lama tak bersua dan bergurau senda...inilah keakraban unik yg ada dalam My@PC.

Ketua Perhubungan My@PC KELANTAN dan TIMBALAN serta beberapa rakan My@PC KELANTAN hadir bersama meraikan rakan2 yg jauh ini.Banyak perkara mengenai hala tuju kelab dan perancangan telah dibincangkan pada malam tersebut.


Selamat Datang pada ahli My@PC KELANTAN yg baru pada malam itu..iaitu Saudara Jihan...


Jom kita nikmati sedikit berita bergambar....
zassssssssss..........layannnnnnnnnn

Thursday, August 20, 2009

TT - MOON KOPITIAM

UTT kali ni di Moon Kopitiam... tengok telur 1/2 masak ni, PERGHHHH....

Antara rakan2 My@PC Kelantan yg berkesempatan Hadir...

Isi borang tu yer... jangan salah isi dah ler.. Oh ya, jangan lupa Salinan Geran, Salinan Lesen dan Gambar saiz Passport 2 keping yer... baru lah LENGKAP..

Seramai 5 orang ahli baru yang berdaftar pada malam tadi.. Syabas kerana memilih My@PC..

Mula2 isi borang My@PC, lepas ni isi borang RAE pulak yer!... semoga semua ahli My@PC ada sayap lebar 9W2.... senang nak berkonvoi... huhuhu

Ahli2 My@PC kelantan yang semakin rapat... semoga hubungan ini kekal... aminnn

Sibuk nyer AJK Promosi My@PC Kelantan ni, Saudari Qaseh Ayu... borang2 tu semua kena lengkap tau, baru leh submit ke My@PC Pusat... hurmmm

Berbagai aktiviti yang terancang dan akan dirancang oleh ahli2 My@PC kelantan ni...

Salah seorang ahli baru yg mendaftar, harap boleh menyumbang tenaga dan keringat dalam perkembangan My@PC kelantan yer...

Abg Yie pun turut hadir memeriahkan TT kami semalam.....



Semalam kami adakan TT di Moon Kopitiam....utk membincangkan agenda yg hendak di sampaikan di dalam meeting bulanan kami pada hari sabtu ini....


semalam kami berkumpul lebih kurang dalam 10 buah perdana......dan malam tadi jugak kita menerima 6 org ahli baru ...dan sesi mengisi borang diadakan semalam.mcm2 program yg kami akan bincangkan untuk bulan puasa ni nanti.


semoga My@PC di KELANTAN terus maju dan mendapat ahli yg berkualiti dan yg ada komitment utk berkelab.....dan semakin hari kita mempunyai ahli baru maka bertambah besar lah keluarga kami di Kelantan......

Wednesday, August 12, 2009

PENGALAMAN YG TERLALU ISTIMEWA.....

Di sinilah kami punya persinggahan seterusnya.......iaitu di perkampungan org asli ....Kampung Jekjok 2020........

tukar tayar dulu.....

kerjasama di perlukan....dan inilah sikap berkumpulan...kita umpama satu keluarga besar....saling tolong menolong di antara satu sama lain....

masih lagi membaiki dan tukar tayar ........nasib baikla berlaku kerosakan di perkampungan org asli...

bergerak masuk ke dalam perkampungan org asli...ada jamuan utk kami nampaknya..hehhehhee

fuh....makan durian...yg fresh2 gitu..........apasal pakai kain pelikat tu...jgn bertukar dgn org asli dah la..hehhehehhehhe.......

wah...seronok betul kami..dapat makan durian yg di ambik sendiri....makan sampai lebam......

wah...happy nampak Head kita ni........sabar...sabar............cuba tgk betul2....ada org asli tak kat situ.....hehhehehe

ha......jgn anda tak percaya...tapi inilah realitinya..............dia org tgh buat persembahan utk kami......fuh hebat.......

bergambar kenangan di perkampungan orang asli....

satu pengalaman yg tidak akan dapat kami lupakan sampai bila2...dan tunggu kehadiran kami selepas hari raya nanti......kami akan adakan program amal di sini nanti.........

Saudara Adi bersama kawan barunya......baru je kenal...cepat betul dia org berdua ni mesra...hehhehee

makan pun dah kenyang........hiburan pun dah dapat....apa2 pun terima kasih kepada kaum org asli di atas layanan yg di berikan......

sampai ke malam kami kat sini.....dan kereta pun dah siap di baiki.......

kaum ibu tak melepaskan peluang bergambar di perkampungan org asli....jom kita balik...lepas raya kita datang lagi..........banyak aktiviti yg kami akan buat selepas ini.....












Entry TERLALU ISTIMEWA ini sememangnya betul2 istimewa dan pengalaman yg baru buat kami semua di My@PC KELANTAN. peristiwa yg tak di sangka berlaku kepada kami semasa perjalanan pulang ke KB...


kami bertolak dr Cameron pada jam 6.00 petang..setelah singgah beli sayur terlebih dahulu.dalam perjalanan pulang..tiba2 kereta salah sorang rakan kami iaitu saudara Adi ada sedikit kerosakan....kami berhenti di perkampungan org asli.....nasib baik la ada perkampungan di situ..takdela takut sangat..dah la hari semakin senja...kami berhenti di perkampungan org asli tu utk singgah menunaikan solat dan juga utk baiki kereta saudara Adi..


rezeki memihak kepada kami...tanpa di sangka org asli di situ telah menjamu kami makan buah durian.....dan jgn terkejut...kat perkampungan org asli tu jugak ...siap ada band sendiri....kebetulan kita datang dia org tgh main muzik gitu...siap ada band lagi...so kami berhibur sambil makan durian dgn live band yg di anggotai oleh org2 asli di situ......


org asli dah maju sekarang......apa2 pun terima kasih kami ucapkan di atas pertolongan daripada anda iaitu kaum2 org asli dan juga jamuan yg di berikan...



jom kita layan gambar yg menarik ye....


layannn.....